VMAX
 
 
 
 

App Chronicles: Kisah kembara kejayaan UnderDOG

VMAX App Chronicles: Adventures of an UnderDOG

Kenangan kejohanan Euro 2016 yang lalu mungkin kekal dalam memori dek pertembungan sengit pusingan akhir antara antara Portugal dengan Perancis, yang akhirnya dimenangi oleh Portugal yang membawa pulang piala pusingan ke tanah air mereka. Namun, bukan itu sahaja babak kejohanan yang menjadi ingatan kita. Betul?

Terdapat sebuah pasukan tahun ini, yang telah membuktikan pencapaian yang cukup mengejutkan semua peminat bolasepak dunia kerana berjaya berhadapan dan menumpaskan antara pasukan terhebat dunia. Seolah kisah David melawan Goliath, dan pasukan tersebut adalah negara Iceland. Memang pasukan ini tidak memenangi piala dunia, bahkan langsung tidak melayak diri ke akhir, namun mereka telah berjaya menambat hati ramai peminat kerana kemampuan luar biasa yang dimiliki.

Pasukan underdog bolasepak ini, seperti kita ketahui, tidak berjaya mencapai matlamat terakhir. Namun ada satu underdog lagi yang telah berjaya mencapaian impian sukses hari ini.

Filem pertama Musim 1, App Chronicles membuat sorotan tentang perjalanan hidup seorang pemaju dan usahawan app yang berpengkalan di Mumbai, iaitu Vaibhav Chavan, yang telah menyusuri masa dan liku perjuangan ketika industri ini masih di tahap permulaan dahulu.

Semangat daya juang, minat yang tinggi kepada permainan mudah alih dan sikap keusahawanan yang baik, telah membuat beliau menyusur laluan menentang arus. Beliau yang serba kekurangan dalam modal dan upaya, telah membina sebuah studio permainan mudah alih yang dinamakan UnderDOGS ketika berusia 26 tahun. Inilah kisah Vaibhav, yang dapat diteladani untuk menginspirasi ramai golongan usahawan dan pemaju app muda yang sedang berura-ura untuk menempuh liku perjuangan demi mencapai sukses.

 

Are you an App Entrepreneur too? If you have a similar story to share you can write to us on Twitter – @hellovmax or at hello@vmax.com and get a chance to be featured in Season 2 of App Chronicles.

Related Posts