VMAX
 
 
 
 

App Chronicles: Kisah kejayaan di sebalik pencapaian gemilang usahawan app India

VMAX App Chronicles

Minat warga India kepada telefon pintar menjadikan India antara pasaran utama telefon mudah alih di dunia. Namun yang kurang diketahui ialah minat tersebut melampaui kepada aspek app yang disertakan dalam telefon pintar tersebut. India kini muncul sebagai pasaran ketiga terbesar di dunia dalam ehwal muat turun Google Play Store.

Namun, bukan setakat mempunyai beberapa app popular yang menyebabkan ekosistem app di India menjadi gah seperti yang ada hari ini. Ada beribu app yang dicipta oleh usahawan bebas yang berdaya keusahawanan lagi berpotensi tinggi tetapi kurang dikenali umum yang menjadi daya pemacu kepada pertumbuhan menakjubkan ini.

Kita sering tersua dengan kisah dan semangat juang yang hebat mengenai usahawan berkenaan. Rasanya inilah masa paling sesuai untuk mewar-war kisah usahawan app ini yang sering disenyapkan akibat suasana kemeriahan.

Bertolak daripada semangat untuk menghebah cerita, maka kami mencipta App Chronicles,satu-satunya siri filem yang mengetengah dan menampil wajah-wajah di sebalik pertumbuhan pesat ekosistem app di India. App Chronicles meraikan detik mula perjalanan dan pencapaian yang digilap dan digembleng ke arah membina app yang berjaya di persada pasaran antarabangsa.

Musim 1 App Chronicles menayang 5 kisah berkenaan, yang disiar setiap hari. Musim tersebut membuka tirainya hari ini dengan kisah UnderDOGS Gaming – sebuah studio permainan yang telah melalui liku pengalaman yang mencabar tetapi dapat disusur dengan tekad usaha demi mencapai kejayaan. Siaran pada hari berikutnya merangkumi kisah raja app suntingan foto, Outthinking Pvt.Ltd; liputan kisah permainan mengambil risiko, Dumadu Games; semangat juang dan minat yang tinggi oleh Mobi2Fun Mobile Entertainment; dan sikap resah gelisah sang muda GameEon Infotech.

Diharap App Chronicles dapat merangsang dan menginspirasi usahawan generasi baru,khususnya warga India untuk meneroka perkembangan dunia pembikinan app sekaligus dapat menerbitkan semangat sebenar citarasa Make in India kepada ekosistem app di negara India.

App Chronicles hanyalah suatu usaha kecil daripada kami, sebagai percubaan untuk merangsang minat pertumbuhan ekosistem app di India. Diharap semua kisah teladan yang disiarkan nanti, dapat menginspirasi pertumbuhan usahawan app serta menggilap bakat generasi baharu di kalangan orang muda yang cenderung memaju isi kandungan gajet mudah. Besar harapan kami juga agar golongan usahawan muda ini dapat meneroka lebih jauh dan meninjau perkembangan dunia pemajuan app serta memberi sumbangan dalam memperkaya ciptaan app sentuhan India untuk ditatapi dan dimanfaati dunia.

Kesemua siri ini ditulis dan diarah oleh penulis skrin dan dailog yang pernah dinobat dengan
anugerah kecemerlangan, Ramendra Vasishth dari Mary Kom.

Jika anda punya cerita yang sama untuk dikongsi, kami sangat gembira untuk mendengar
pengkisahan cerita teladan tersebut dan berharap untuk menyiarkannya dalam Musim 2.Sila hubungi kami di Twitter @hellovmax atau hantarkan emel kepada hello@vmax.com

Anda boleh menonton episod pertama di sini:.

Related Posts