VMAX
 
 
 
 

App Chronicles: Wawasan Bhai-nocular meneropong industri app India

VMAX App Chronicles Bhai-nocular vision of the Indian app industry

Sejarah telah membuktikan betapa sebuah syarikat startup yang dikemudi dua orang nakhoda,punya cerita yang cukup membanggakan. Google adalah contoh paling menyinar. Syarikat itu berjaya kerana keseimbangan yang dibawa oleh para pengasasnya untuk dimanfaati organisasi.Berikut adalah kisah pasangan pengasas syarikat yang kebetulan adalah adik beradik.

Pavan dan Vijay Doddavala memulakan kerjaya sebagai profesional perisian. Namun rezeki Vijay lebih menyinar kerana mendapat tawaran bekerja di Amerika Syarikat. Di situ Vijay mengenali dunia telefon Dan app mudah alih secara lebih dekat lagi. Dengan ilham yang tercetus, Vijay berbincang dengan saudara kandungnya, Pavan, dan kedua-dua mereka berpakat
untuk menubuh usahawan memaju app. Vijay, yang berpeluang menimba pengalaman mengendali app suntingan foto untuk iOS mengguna kelebihan yang ada untuk bersama-sama Pavan memula sebuah bisnes memaju app.

Memang setiap mereka mempunyai wawasan untuk menjadi usahawan, namun kejayaan lebih awal yang tercetus ini membuat mereka mengambil keputusan menceburi bidang
keusahawanan app. Justeru, idea menubuhkan Outthinking Pvt. Ltd. dilancarkan dengan mudah sekali. Sambil Vijay membangun app untuk iOS, Pavan pula memberi tumpuan kepada platform Android. Kemudian pasangan ini disertai pula oleh saudara sepupu mereka, Yogi Doddavala.Sinergi taulan ini memberi kekuatan untuk mereka memula sebuah startup dalam tempoh hanya 6 bulan.

Outthinking memberi segenap tumpuan kepada pengkalan pengguna app India yang rancak dan pesat berkembang. Hari ini, mereka berbangga menjadi antara pemaju paling besar dalam bidang penerbitan app suntingan foto dengan catatan muat turun melebihi 170 juta. Kita sering mendapat khabar tentang kejayaan adik beradik dalam sukan atau filem, dan kisah saingan sengit antara mereka sering diwar-warkan. Namun ini kisah dua adik beradik yang bersama-sama berganding bahu membina sebuah startup app yang berjaya, dan sepatutnya menjadi
inspirasi untuk ramai orang. Tontoni filem kedua daripada siri hebat ini di:

Anda juga Usahawan App? Jika anda punya cerita serupa untuk dikongsi, sila hubungi kami di hello@vmax.com dan anda berpeluang mendapat liputan meluas dalam Musim 2 App Chronicles.

Tweet: Dua beradik, satu wawasan: bina sebuah #startup. Biasa dengar? Mungkin tidak. Kita aksikan esok #AppChronicles #untoldstories

Update: Dua beradik satu wawasan keusahawanan. Saksikan ke mana wawasan ‘Bhai-nocular’ membawa mereka kepada sukses dalam filem kedua App Chronicles yang muda dikeluarkan hari ini <link> #untoldstories

Tweet: Dua beradik, satu #Entrepreneurial wawasan. Saksikan ke mana wawasan Bhai-nocular membawa mereka ke mercu sukses <link> #AppChronicles #untoldstories

Tweet: Apabila mencipta app yang berjaya #app #startup, perlu dua orang untuk menari tango.#AppChronicles #untoldstories <link>

Update: Anda tahu apa itu wawasan Bhai-nocular? Saksikan video #AppChronicles. Jika anda punya cerita serupa untuk dikongsi, sila hubungi kami di hello@vmax.com <link> #untoldstories

Tweet: Sudahkah anda saksikan cerita wawasan Bhai-nocular? Saksikan di sini. Anda punya cerita serupa untuk dikongsi? Tweet kepada kami #untoldstories <link>

Tweet: Langkah 1: Saksikan video #AppChronicles. Langkah 2: Dapatkan inspirasi. Langkah 3: Jika anda punya cerita yang serupa, sila tweet kepada kami!

Related Posts