VMAX
 
 
 
 

App Chronicles: Salaam-e-Risk

VMAX App Chronicles Salaam-e-Risk

India sebuah negara yang ramai petani. Sejak zaman-berzaman, kebanyakan warga India telah memberi tumpuan kepada kerja bertani, namun di kalangan permata berharga ini terdapat insan yang berimpian melaksana sesuatu yang berbeza. Mereka mengambil teladan daripada kerajinan, kesungguhan dan dan kudrat yang telah diwarisi, lalu mengamal sifat mulia itu pada usaha lain yang sangat diminati bahkan muncul lebih berjaya lagi.

Salah seorang insan berkenaan ialah Narasimha Reddy, anak seorang petani dari Andhra Pradesh. Narasimha berkeyakinan bahawa jika orang boleh memaju ladang menerusi telefon mudah alih, mengapa pula anak seorang petani tidak boleh membina app untuk telefon mudah alih.

Cinta pertamanya ialah komputer, dan itulah sebab beliau begitu berminat kepada teknologi. Bahkan cinta itu membuatnya menggapai segulung ijazah kejuruteraan mengguna yang disokong oleh biasiswa. Dari situ, beliau memulakan usaha memaju aplikasi untuk platform Mac OS Apple. Dengan latar belakang yang sangat merendah diri tetapi berani menghadapi risiko, Narasimha bekerja bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti penat mahupun kegagalan.

Ketika dunia sedang mencari-cari kaedah memaju app untuk iPhone sulung Apple, Narasimha sudahpun menemui cara memaju app mengguna platform Mac OS. Justeru, beliau memula kembara dunia keusahawanan dan pada 2010, Narasimha menubuhkan Dumadu Games. Berbekal semangat yang cekal dan tidak gentar mengambil risiko, Narasimha memula bisnes pembikinan app dengan bantuan keluarga dan beberapa rakan dan langsung tidak mahu terikat dengan VC.

Kini, beliau menjalani bisnes permainan mudah alih yang berjaya dan telah mennghasil banyak jenama serta menguasai hak jutaan muat turun permainan. Walaupun bermula secara kecil-kecilan, berbekal semangat jitu yang berani menghadapi risiko, kini beliau telahpun mencapai kejayaan membanggakan dalam keusahawanan bisnes app. Sila tonton kisah Narasimha yang sungguh mengujakan ini, tentang kegigihan beliau melawan arus cubaan dan rintangan dalam filem ketiga siri App Chronicles.

 

Adakah anda juga seorang Usahawan App? Jika anda punya kisah yang agak serupa untuk dikongsi, sila berhubung dengan kami secara bertulis atau menerusi Twitter – @hellovmax atau di hello@vmax.com dan anda berpeluang mendapat liputan dalam Musim 2 App Chronicles.

Related Posts