VMAX
 
 
 
 

App Chronicles: App Bengaluru meniti puncak

VMAX App Chronicles The Bengaluru AppRising

Inilah kisah anak seorang guru. Beliau membesar dan menjadi dewasa kerana menghayati kisah patriotik pejuang kebebasan India seperti Bhagat Singh. Kisah patriotik seperti itu memberi ilham dan mengajarnya tentang nilai dan erti kebebasan. Manakala minat mendalam kepada permainan telah mendorong beliau meneroka dunia permainan mudah alih.

Dengan kepercayaan tentang peri pentingnya kebebasan, serta minat mendalam kepada permainan mudah alih, beliau berimpian untuk menyusur laluan bidang keusahawanan app.Laluan yang dipilihnya itu bukanlah semudah yang disangka, kerana ia penuh onak dan duri.Berbekal pengalaman bertugas dengan beberapa syarikat permainan mudah alih ternama India,serta semangat dan tekad untuk berjaya, Vijayaprakash Rangappa, menyongsang arus dan
menubuhkan Mobi2Fun, sebuah syarikat pemaju permainan mudah alih pada 2009. Sebagai Pengasas dan CEO, Vijay mengemudi Mobi2Fun yang dibantu oleh rakan seperjuangan yang terdiri daripada Chandrasekhar, Ketua Operasi Teknikal (CTO) dan Anand Gopalakrishnan,Pengarah & Ketua Pegawai Kandungan (CCO).

Jalinan mantap tiga serangkai inilah yang memboleh penghasilan permainan mudah alih yang berjaya menambat hati para peminat di India. Mobi2Fun bermula dengan permainan mudah alih berasas-Java yang sekejapan menjadi sukses besar. Syarikat yang bertambah yakin ini terus membuat keputusan mengorak penglibatan dalam permainan mudah alih platform Android.Kini, ia mempunyai lebih 80 jodol, dengan 50 juta muat turun, dan sedang bergerak lancar
menyusur ke puncak ekosistem app India. Saksikan kisah hebat ini, mengenai seorang pejuang usahawan yang memiliki semangat revolusioner lagi patriotik serta minat mendalam kepada bidang app, yand berjaya membangun dan membina salah satu syarikat permainan mudah alih terbaik India.

 


 Anda juga seorang Usahawan App Entrepreneur? Jika anda punya cerita yang serupa untuk
dikongsi, maka hubungi kami menerusi Twitter – @hellovmax atau hello@vmax.com dan berpeluang untuk diberi liputan dalam Musim 2 App Chronicles.

 

Related Posts