VMAX
 
 
 
 

App Chronicles: Gaming Bachchon ka Khel Nahi Hai

VMAX App Chronicles Gaming Bachchon ka Khel Nahi Hai

Kebanyakan kita pada usia 14 tahun, sering terlekap pada komputer atau konsol permainan untuk bermain permainan video. Namun senarionya bukan untuk Nikhil Malankar dan Prasad Kajarekar, Sedang kebanyakan kita berimpian memiliki jodol permainan popular di pasaran, tenaga muda ini pula berimpian memajukan satu jodol permainan sendiri. Gandingan orang muda ini menghasil idea mencipta permainan video ketika masing-masing menuntut di sebuah sekolah di India ketika Gred 9,.

Pada usia 19 tahun, pasangan usahawan muda ini menubuhkan studio memaju permainan mudah alih yang dinamakan GameEon, dengan Nikhil sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Prasad sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO). GameEon terus mengorak langkah dengan penyertaan Taral Patel (Ketua Pegawai Perniagaan) dan Amol Mody (Pengurus Pembangunan Perniagaan).

Sahabat handai, bahkan ibubapa mereka, pada mulanya berasa skeptikal. Apa pun Nikhil dan Prasad tegar meneruskan perniagaan. Hari ini GameEon memiliki beberapa nukilan jodol permainan. Mereka kini mula mendapat dorongan dan sokongan, tetapi masih jauh untuk melangkah ke persada sukses. Saksikan kisah perjalanan GameEon – sebuah startup yang terilham dari detik kanak-kanak yang berimpian membina dan memaju permainan mudah alih. Hulurkan sokongan dan dorongan kepada barisan jiwa muda yang sedang menggapai kejayaan cemerlang bidang keusahawanan app mudah alih.

 

Anda juga Usahawan App? Jika anda punya cerita yang serupa untuk dikongsi, sila hubungi kami di Twitter – @hellovmax atau hello@vmax.com dan berpeluang mendapat liputan dalam Musim 2 App Chronicles.

Related Posts