VMAX
 
 
 
 

3 amalan terbaik untuk kurangkan waktu lengah app dan menambah baik pengalaman pengguna

VMAX best practices to tackle app latency featured image

Kita telah menyusur tiga perempat 2016! Kini era telefon pintar menguji prestasi perkakasan, dengan pelbagai kemampuan hebat masing-masing – skrin HD super, pemproses quad-core dan octa-core, RAM lebih besar dan pebagai lagi. Pengguna juga mahukan prestasi pantas lagi hebat dalam sistem operasi, mahu pun app.

Bermakna, mana-mana app yang berlengah respon daripada kadar masa lazim, sudah pasti tidak diendah dan kurang diguna, bahkan tidak di install pun. Kajian yang dilakukan oleh app intelligence platform Appdynamics mendapati mana-mana app yang mempunyai transaksi masa respon melebihi 3-4 saat, akan terus tidak dipeduli oleh majoriti pengguna (lebih 60%), bahkan mereka bertindak memadam terus app tersebut. Menurut sebuah CDN mudah alih Neumob, 48% pengguna uninstall app yang berlengah masa.

Masa diambil oleh server hos untuk menerima permintaan dan menghantar respon dipanggil kependaman (latency). Lazimnya, masa terbaik dari aras permintaan diterima kepada respon ialah sesaat.

Oleh itu, sangat penting mengetahui berapa saat – masa respon yang app anda terbit, tala dan optimum supaya pengguna kekal selesa. Banyak syarikat dapat maju bisnes mereka apabila memperderas fungsi app masing-masing. Bagi yang tidak berubah, mereka menerima akibatnya. Enjin carian Microsoft umpamanya – Bing, dek prestasi lambat dua-saat memuat laman, mengakibat hasil per pengguna merudum 4.3 peratus. Bagaimana mengatasi isu seperti ini? Berikut, 5 amalan terbaik yang boleh diikuti bagi memasti kependaman app disemak kekal pada tahap masa terbaik:

  1. Frugal. Itulah caranya
    Satu-satu app yang berserabut dengan aneka elemen akan menyebab ia berat dan lambat. Jika app anda punya terlalu banyak widget, maka setiap skrin jadi lambat untuk dimuatkan. Ringankannya dengan mengguna semula aset imej yang diperuntuk untuk elemen lain supaya fail imej untuk aset ini hanya dimuat sekali sahaja CSS sprites boleh bantu anda simpan berbagai imej dalam satu fail tunggal.

    Anda juga boleh cantum beberapa elemen visual dalam satu widget tunggal. Contohnya, jika kawasan navigasi app punya grafik terperinci bagi setiap butang, anda boleh satukan semua grafik ini dalam satu imej latar belakang tunggal untuk keseluruhan kawasan navigasi. Natijahnya, navigasi app anda hanya perlu memuat satu imej sahaja. Bermakna, masa memuat dapat dikurangkan lagi.

  2. Simpan isi kandungan app, berdekatan
    Lebih jauh isi app anda dari pengguna, maka lebih masa diambil untuk sampai kepada mereka. Itu sahaja. Dalam hal ini, mengguna Content Delivery Network (CDN). boleh membantu. Suatu CDN adalah rangkaian server yang diedar secara geografi yang menyampai isi statik kepada pengguna, yang secara geografinya, berdekatan. Isi kandungan selalunya tersimpan secara cache (ingatan tembolok) dalam server yang teredar merentas satu-satu region, yang dapat mengurang Round Trip Time (RTT) yang terbabit untuk memperoleh isi kandungan yang memanfaati pengguna. Hal ini, bukan sahaja mengurang masa kependaman app, bahkan menjimat lebar jalur dan mengurang kos hosting.
  3. Lengahkan pengguna
    Buatkan pengguna terfokus kepada lain-lain hal ketika app sedang dimuat. Contohnya, ketika pengguna memuat naik gambar ke Instagram. Sebaik pengguna memilih gambar untuk dikongsi, ia mula memuat naik.Sementara hal ini berhasil, app itu menjemput supaya pengguna menambah tag, tajuk dan keterangan sambil gambar dimuat naik di latar belakang. Gambar pun siap dimuat naik sebaik pengguna sedia menekan butang kongsi, dan langsung tidak perasan masa diambil untuk memuat naik. Pengguna menganggap masa diambil untuk kongsi gambar itu serta merta dan spontan.

Juga, jika anda rasa app anda mengambil masa yang panjang untuk dimuatkan, sila guna bar kemajuan (progress bar) atau splash screen supaya meralitkan pengguna ketika app itu dimuatkan. Splash screen boleh dipapar secara kreatif pada logo jenama app atau animasi lain. Progress bar pula membina tanggapan bahawa ia sedang memuat secara laju, atau yang sengaja dirancang seolah kelihatan laju pada ketika mula lalu beransur perlahan pada akhirnya, menjadikan pengguna berasa optimis bahawa app itu sedang dimuatkan laju. Cuma pastikan yang progress bar itu tidak terhenti, supaya pengguna tidak menyangka yang app itu terbantut.

Selain mengikuti tip amalan terbaik ini, anda juga boleh membuka open source tools seperti WALT Latency Timer dari Google untuk mengukur real world touch and audio latency supaya penggunaan app mencapai tahap lebih baik untuk kekal diminati pengguna. Dewasa ini, masa respon boleh membuat app itu laku atau mundur. Mempunyai app yang boleh mengukur balikan (countermeasure) masa pendam, adalah suatu ciri penentu tersangat penting sewaktu membangun app atau menambah ciri lain kepada app

Tambahan pula, lebih 90% app yang ada hari ini adalah percuma yang diperoleh daripada app store dan hanya 3% pengguna yang beralih kepada pembelian in-app, lantas menjadikan pengiklanan in-app suatu model sandaran utama untuk monetization. Kependaman app boleh menjejas potensi monetization pengguna terutama bila sesi mereka terganggu akibat kependaman atau bila iklan tidak dapat dimuatkan seperti sepatutnya. Jika anda tidak mengambil kira untuk mengatasi isu kependaman app, maka ia pasti menjejas paparan iklan. Mana-mana pembangun app yang tidak pedulikan hal ini akan kehilangan pelbagai aspek seperti pembabitan pengguna dan hasil.