VMAX
 
 
 
 

5 cabaran yang membuatkan penerbit app sukar memaksimum hasil pendapatan app masing-masing

VMAX Publisher challenges featured

Satu cabaran besar yang dihadapi penerbit app ialah langkah untuk monetize app secara berkesan. Mereka membina app yang hebat dan mahukan supaya ciptaan tersebut menerbitkan hasil pendapatan yang lumayan. Oleh itu, mereka pun menemui rakan pengiklanan yang dikatakan boleh membantu urusan monetize app. Lalu para penerbit app ini bekerjasama dengan partner sedemikian, untuk pelbagai app yang dibina, namun setelah beberapa lama, didapati sukar untuk memantau dan mengurus urusan monetization iklan.

Memang adalah wajar untuk semua penerbit memastikan app mereka diberi sentuhan monetization, supaya membuahkan pendapatan. Oleh demikian, sebagai bahan rujukan dan panduan, berikut adalah lima alasan utama mengapa usaha penerbit app untuk memaksimum pendapatan daripada penggunaan app masing-masing:

1. Pilihan jenis iklan
Pilihan kepada jenis iklan boleh jadi berkesan atau gagal diminati oleh pengguna. Jika format iklan itu mengganggu celah atau sesuatu pengalaan app, maka pengguna tidak akan klik kepadanya, bahkan menyebabkan pengguna kurang mengakses app berkenaan atau lebih buruk, langsung tidak mahu menggunanya sama sekali.

2. Tidak mengintegrasi rakan pengiklanan yang berbagai
Kebanyakan penerbit app memula dengan mengintegrasi dengan rakan pengiklanan yang tunggal. Setelah beberapa ketika, mereka akan memiliki lebih banyak inventori untuk dimuatkan oleh satu rakan atau partner pengiklanan tunggal semata-mata. Lagipun, kekuatan partner pengiklanan tersebut hanya terhad kepada memenuhi permintaan berlandas geografi spesifik sahaja.

3. Integrasi rakan pengiklanan cukup meremehkan
Walaupun penerbit akhirnya bekerjasama dengan lebih daripada satu rakan pengiklanan, mereka akan dapati proses mengintegrasi dengan setiap satu dari[ada kesemua rakan pengiklanan ini sesuatu yang memenat dan meremehkan. Setiap kali seseorang penerbit itu mengintegrasi dengan rakan pengiklanan yang baharu, maka ia memerlukan tambahan SDK kepada app semata-mata untuk menjadikan integrasi itu berfungsi. Hal ini menyebakan proses tersebut memakan masa yang terlalu banyak, di samping mengakibatkan app menjadi bertambah berat.

4. Sedikit sahaja kawalan ke atas monetization iklan
Satu lagi cabaran utama yang dihadapi penerbit app ialah untuk menyentap dan mengubah suai integrasi dengan rakan pengiklanan lantaran matlamat prestasi berubah-ubah. Proses integrasi menawarkan kawalan yang sangat sedikit untuk dikendali penerbit app bagi menetap tanda aras CPC, kadar CPM dan pemberat untuk rangkaian pengiklanan berdasar keutamaan prestasi.

5. Sukar dianalisa
Setiap rakan pengiklanan yang disepadu oleh penerbit akan memiliki mekanisme pemantauan dan laporan masing-masing. Menyesuai diri dan keadaan dengan pelbagai pengantaramuka laporan dan banyaknya rumusan laporan yang dijana setiap kali, merupakan suatu cabaran yang besar.

Jawapan kepada cara menghadapi cabaran ini ialah dengan memilih satu penyelesaian sehenti (one-stop) yang memudah proses monetization iklan untuk penerbit app. Penyelesaian tersebut seharusnya mempunyai sokongan pelbgai jenis ilan dan rakan pengiklanan yang juga berbagai. Satu SDK tunggal yang mampu menyepadu rakan pengiklanan yang berbagai, sudah tentu dapat meredakan masalah yang timbul akibat kekhilafan dan kekalutan yang timbul akibat proses integrasi yang dihadapi penerbit app. Lagipun, penyelesaian seharusnya menobat penerbit app dengan kemampuan mengemudi proses monetization iklan, memperkasa mereka dengan kawalan sepenuhnya dan kemampuan penyesuaian dengan monetization iklan masing-masing. Akhir sekali, penyelesaian tersebut seharusnya menawarkan satu dashboard tergabung yang menyedia sudut pandangan terperinci terhadap proses membikin duit daripada pengiklanan terkhusus masing-masing.