VMAX
 
 
 
 

5 tip rekabentuk efektif UX untuk pemaju permainan mudah alih

VMAX-mobile-game-UX-design-tips-developer-featured 2

Pernahkah ketika bermain permainan mudah alih, anda terkata kepada diri sendiri, ” Ugh, melayari permainan ini tidaklah mudah,” atau, “kalaulah lebih mudah menemui kawalan permainan ini.” Kita bukan menyentuh tentang gameplay, tetapi berkaitan kesukaran menemui kawalan, maklumat relevan diperaga pada skrin, atau navigasi antara skrin permainan.

Gameplay mungkin melibatkan pengguna meneroka, atau mencari ciri tersembunyi, namun tiada seorangpun yang gemarkan permainan mudah alih yang memberi pengalaman menyukarkan atau bergantung kuat kepada penemuan daripada gerak hati. Demi membuat permainan anda lebih mesra pengguna, maka berikut dihuraikan lima pendekatan yang dapat memanfaati pengalaman pengguna apabila melaksana rekabentuk sesebuah permainan mudah alih.

  1. Perguna selengkapnya platform mudah alih
    Permainan pada desktop atau konsol permainan menghidang paparan yang cukup luas lagi selesa. Pada telefon pintar, paparan bergantung kepada saiz peralatan, lantaran itu agak sukar untuk menatap imej dan kandungan permainan. Namun, terdapat ciri spesifik telefon pintar yang boleh dituil secara efektif sekaligus memboleh pengalaman permainan yang mantap.
    Contohnya, permainan aksi – pemain boleh togol antara senjata dengan hanya menggesel rentas pilihan senjata semasa yang ada. Kawalan sekunder seperti membaing grenad atau melancar misail boleh dilaksana dengan tap skrin pada kadar masa yang panjang sedikit.
    Permainan yang berasas gerakan lazimnya bergantung kepada sensor giro bagi menentu arah pergerakan. Satu cara untuk menjadikan pengalaman lebih imersif adalah mengguna alatan penggetar bagi acara spesifik seperti menghidup mula kereta atau ketika perlanggaran atau melangkah aras kejayaan atau ketika memenangi hadiah.
  2. Kekalkan navigasi in-game semudah yang mungkin
    Jika pengguna permainan harus ‘melompat’ mencelah tiga laman permainan semata-mata untuk beralih ke menu atau untuk keluar, mungkin dia akan tersinggung dek payahnya langkah tersebut. Pastikan peralihan antara permainan kekal di tahap seminimum mungkin supaya pengalaman pengguna sentiasa lancar.
    Maklumat relevan dan yang perlu sebelum mula permainan seperti kawalan, opsyen permainan online atau offline seharusnya dipapar pada skrin kecil, tampil jelas awal pada skrin home permainan.
    Dalam permainan juga, semua menu reevan kepada gameplay seharusnya mudah diakses. Langkah yang baik ialah dengan memapar pada sudut atas atau cuba sesuatu inovatif seperti tab gelangsar keluar yang boleh dibuka dengan geselan dari kanan atau kiri skrin.
  3. Pengalaman UX permainan seharusnya sentuhan kreatif berlogik
    Walaupun anda seorang pemaju, tidaklah bermakna UX permainan yang direka itu tidak boleh kreatif. Setiap acara permainan dan in-game mempunyai ansur maju logikal. Setiap item, bermula dari navigasi kepada penampilan butang, seharusnya punya kreativiti, dengan logik yang menyokong. Bayangkan anda sebagai pengguna, dan fikirkan tindakan selanjutnya. Gunakan rekabentuk membujuk dengan navigasi, penampilan dan pemasaan butang, supaya mendorong pengguna ke arah hasil yang diingini.
  4. Kekalkan pengalaman pengguna jadi ringan dan intuitif
    Elakkan niat terlampau nak tarik perhatian pengguna dengan terlalu banyak animasi layer dan transisi. Paling penting ialah untuk sedaya mungkin, mengekal UX intuitif dan ringan. Pengguna seharusnya mengalami permainan dengan riang dan bukan memenatkan. Penampilan dan keperluan untuk klik butang seharusnya dicanai supaya pengguna berasa natural. Pengalaman permainan yang ringan juga bermakna kurang overhed prestasi.
  5. Monetization app seharusnya tidak intrusif terhadap UX
    Jika permainan itu tidak perlu dibayar, kaedah monetization boleh dilakukan menerusi pembelian in-app atau pengiklanan mudah alih. Namun pengguna boleh terasa menyampah jika iklan terpacul tiba-tiba atau memperlahan permainan. Amalan yang baik ialah memapar iklan ketika transisi in-game seperti setelah pengguna selesai satu-satu aras. Pendekatan monetization yang berkesan dan paling sesuai dengan permainan mudah alih ialah iklan berinsentif (incentivized ads). Iklan ini boleh disekalikan dengan permainan di mana pengguna diberi hadiah matawang in-game atau bila upaya merungkai kunci isi permainan dengan mengklik pada iklan berkenaan.

Permainan mudah alih yang berbagai, merangkumi jenis aksi, arked, perlumbaan dan strategi, memerlukan pendekatan berbeza untuk menarik dan memberi pengalaman terbaik untuk dinikmati dan dimanfaati oleh pengguna. Kesemua garis panduan mengenai UX permainan seperti diterangkan, boleh membantu anda reka permainan yang lancar, memperkayakan dan imersif.

Related Posts