VMAX
 
 
 
 

5 pengumuman Google I/O 2016 yang mesti anda maklumi

Google IO 2016 top announcements featured

Dunia pembangun mudah alih sudah mengagak apa yang akan disajikan oleh Google I/O tahun ini, terutama berkaitan dengan OS. Google telah pun mengeluar prebiu sedikit demi sedikit tentang Android N untuk pihak pembangun uji. Spekulasi juga menular tentang apa yang bakal diumum oleh Google berkaitan VR. Namun, Google I/O menyaji pelbagai kejutan tahun ini dalam satu acara yang menampakkan ia mahu membantu pengguna berinteraksi dengan perkakas masing-masing dengan cara lebih peribadi dan mesra penggunaan.

1. Android Instant Apps

Pengumuman paling menarik dari Google di I/O 2016 ialah mengenai Android Instant Apps. Instant Apps bergantung secara ekstrim kepada tautan dalam app bagi memboleh pembangun app memodular dengan cara pengguna akhirnya mengakses bahagian app tanpa perlu install app tersebut. Ini juga bermakna apabila pengguna klik pada tautan dan terdapat app untuk isi kandungan itu, pengguna dibawa terus ke bahagian app berkenaan tanpa perlu install app tersebut. Google sedang menguji kaji idea ini ke atas beberapa pembangun app tetapi belum ada sebarang perkhabaran tentang keluaran penuh ciri istimewa ini.

Baca lagi: Google takes a new approach to native apps with Instant Apps for Android

2. Google Allo and Duo

Google hidang kejutan, dengan dua app baru, Allo – untuk mesej pintar dan Duo – untuk panggilan video. Allo bergantung kepada upaya mesin pembelajaran yang mantap dan berfungsi selaras dengan Google Assistant supaya mempermudah dan memperkaya perbualan. Allo juga punya set Emoji baru yang dipanggil Expressions serta doodle stail Snapchat. Ciri jawap pintar Smart pelajari lenggok dan jawapan pengguna buat beberapa ketika dan akan memberi saranan jawapan automatik bagi perbualan di masa depan yang terdekat.

Duo pula perkhidmatan panggilan video yang simple, memboleh pengguna buat panggilan video dengan kenalan dalam senarai contact. App ini telah dioptimum untuk berfungsi baik walau dengan lebar jalir (bandwidth) mutu rendah serta memberi penyulitan hujung ke hujung (end-to-end encryption) bagi semua panggilan.

Baca Lagi: Saying hi to Allo and Duo: new apps for smart messaging and video calling 

3. Google Home

Google menggempar lagi dengan ciri hebat Google Home di I/O. Pembesar suara dengan mikrofon berciri upaya sentiasa mendengar dari lapangan jauh (always-listening far-field microphone) supaya dapat mendengar bunyi dari jarak keliling dalam kamar. Ia memainkan muzik dan boleh berantaramuka dengan beberapa sistem automasi kediaman, serta menjawab soalan yang dikemuka pengguna. Pembesar suara punya rekabentuk menarik, direka khas untuk serasi dengan rekaan dalaman kamar.

Baca Lagi: Google Home: a speaker to finally take on the Amazon Echo

4. Android N

Google mengulang penerangan tentang beberapa ciri Android N yang boleh boleh diperoleh daripada edisi prebiu seperti multi-window support, sebuah penyusun JIT untuk prestasi termaju dan Vulkan, satu grafik API baru untuk membantu pembangun cipta permainan mudah alih yang kaya grafik. Ciri tambahan baharu ialah VR Mode dalam Android yang dipanggil Daydream yang menyertakan OS level VR performance enhancements, sebuah antaramuka tersedia VR dan pelancar app. Google telah menanda tangan OEM dengan syarikat seperti Samsung, HTC dan Huawei bagi menawarkan telefon pintar yang dilengkappi Daydream, tahun ini.

Baca Lagi: With Daydream, Google hopes to up the ante for VR on phones

5. Android Wear 2.0

Google mengumumkan Android Wear sekitar dua tahun lepas. Semenjak itu kita lihat banyak jam pintar yang terima guna OS. Dua tahun kemudian di I/O 2016, kita lihat Google mengumum kemaskini signifikan kepada OS wearable dengan Android Wear 2.0. Kemas kini ini memapar sederetan ciri baru, termasuk sokongan untuk app kendiri (standalone) yang tidak perlu tambat (tether) dengan telefon pintar, baik pulih UI, lebih sokongan untuk keterhubungan Bluetooth, Wi-Fi dan GSM, serta sokongan papan kekunci natif.

Baca Lagi: Android Wear 2.0 Detailed: Major Smartwatch Update Incoming