VMAX
 
 
 
 

Platform perantara, kunci kejayaan monetization app

Ad Mediation Blog

Katakanlah anda berasa ingin menikmati makanan Itali. Dan terdapat hanya sebuah restoran sahaja yang menyaji makanan Itali. Disebabkan hanya satu-satunya restoran makanan Itali, ia menjual dengan harga yang terlalu mahal. Kemudian, anda tiada pilihan, selain memesan menu terhad yang disediakan restoran tersebut.

Ad monetization tanpa platform perantara, adalah sama senario seperti ini. Setelah membuat keputusan tentang apa yang anda mahu monetize, maka anda lakukan sedikit kaji selidik, dan cuba peroleh maklumat tentang rangkaian iklan tertentu, yang mampu memenuhi permintaan yang menepati kriteria prestasi terbaik. Katakan, anda membuat keputusan mengguna satu-satu rangkaian iklan. Namun didapati rangkaian tersebut hanya boleh menemui kriteria prestasi di beberapa wilayah tertentu sahaja. Agak malang, apabila anda telah menyerahkan segala inventori kepada satu-satu partner sahaja, maka dia seorang sahaja yang boleh mengawal harga. Akibatnya partner iklan itu akan memonopoli inventori anda, membiarkan anda sedikit sahaja peluang untuk memaksimum pendapatan daripada pengiklanan.

Berbeza keadaannya jika anda bekerja dengan partner atau rakan usahasama yang berbagai. Setiap satu rakan akan menawarkan permintaan pada kadar harga kompetitif, yang natijahnya membuah hasil kepada usaha monetization anda. Satu-satu platform perantara memberi anda kawalan untuk memilih rakan usahasama atau partner yang anda mahukan kerjasama. Melakukan kerjasama dengan berbagai partner juga diterjemahkan kadar pengisian yang lebih tinggi juga, kerana platform perantara itu bertugas untuk membawa permintaan yang sesuai dan serasi dengan keperluan prestasi anda. Jika rangkaian iklan itu tidak memenuhi kriteria anda, maka platform akan memantau, mencari dan mengenal pasti rangkaian iklan terbaik selanjutnya yang boleh mengisi inventori dengan permintaan yang memenuhi keperluan prestasi anda.

Natijahnya, anda punya kawalan penuh terhadap ad monetization dan peroleh kadar pengisian tinggi untuk inventori anda, yang menterjemah kepada pendapatan app termaksimum.