VMAX
 
 
 
 

Sorotan 5 pengumuman utama daripada pelancaran peralatan Google Nexus

Google Nexus 5X, Nexus 9P, Chromecast Launch Blog

Setelah berbulan lamanya membuat spekulasi, diikuti beberapa imej ‘bocor’ kemudiannya, iterasi selanjutnya untuk telefon Google Nexus telah diumumkan baru-baru ini. Pelancaran Android OS 6.0, Android Marshmallow juga diumumkan secara rasminya dan kesemua pengumuman tersebut disusuli dengan pelbagai pelancaran produk yang tidak kurang hebatnya. Berikut adalah sorotan kepada 5 pengumuman utama yang telah menjadi tajuk berita:

Nexus 5X dan Nexus 6P
Nexus 5 asalnya, adalah produk yang popular di kalangan konsumer, kemudia tiba pula Nexus 6, yang kurang diterima ramai. Oleh itu, daripada merasmikan pelancaran satu telefon pintar Nexus dalam warna berbeza dan saiz storan, Google bertindak mengumum pelancaran dua peralatan sekaligus, supaya dapat melayan permintaan seramai mungkin konsumer telefon pintar yang boleh:

LG Nexus 5X, yang diperbuat dengan mengambil rekabentuk sempena kemasyhuran dan rupa Nexus 5 dan versi lebih besar Nexus 6P oleh Huawei, yang mirip dan dekat sekali dengan Nexus 6 dari segi saiz. Kedua-dua peralatan diperbuat untuk berfungsi mengikut versi terkiniAndroid OS, Marshmallow, oleh Google dan didatangkan dengan sensor atau pengimbas kesan jari.

  • Nexus 5X diperbuat dengan ciri standard semasa, skrin 5.2 inci 1080p dengan perlindungan Gorilla Glass 3 lapis, manakala Nexus 6P dihidangkan dengan versi skrin lebih baharu 2K (1440×2560) QHD 5.7 incidengan perlindungan Gorilla Glass 4 lapis.
  • Nexus 5X punya badan polikarbonat, manakala Nexus 6P punya rekabentuk premium seluruh metal.
  • Nexus 5X berfungsi berpandu pemproses Snapdragon 808, 1.8 GHz hexa-core dengan 2 GB LPDDR3 RAM. The 6P menyaji pemproses generasi baru Snapdragon 810 2.1, 2.0 GHz octa-core, dengan 3GB LPDDR4 RAM.
  • 5X didatangkan dengan saiz storan 16GB dan 32GB manakala 6Pmenawar opsyen storan lebih luas bermula 32GB, kemudian 128GB dengan opsyen 64GB di antara setiap satu aras.
  • Kedua-duanya dilengkapi kamera belakang 12.3 megapixel, dengan upaya video 4K. Walau bagaimanapun, Nexus 5X menghidang kamera depan 5 megapixel manakala kamera depan 8 megapixel digunakan untuk memenuhi keperluan selfie 6P.
  • 5X dilengkapi bateri tak boleh tanggal 2700 mAh, manakala 6P dilengkapi bateri tak boleh tanggal 3450 mAh, dengan saiz skrin yang lebih luas dan keperluan prestasi lebih kuat.
  • Nexus 5X dilengkapi ciri pembesar suara stereo menghadap depan duaan, manakala versi 6P dilengkapi pembesar suara mengadap depan yang tunggal.

Android Marshmallow
Google mempertingkat pendekatan rakabentuk bahan ke tahap selanjutnya dengan Android Marshmallow. Sementara Android Lollipop direka dengan mengintegrasi bahasa rekabentuk baharu, Marshmallow menjanjikan ciri aras OS yang lebih banyak serta yang ditambah baik lagi.

  • Google Now on Tap merupakan antara ciri Android Marshmallow yang dinanti-nantikan. Turut diprebiu pada pelancaran Android M di Google I/O tahun ini, peningkatan taraf Google Now itu bertujuan membuat telefon pintar sebagai pembantu peribadi lebih bijak dari sebelumnya. Dengan menekan lama butang Home ketika anda melayari app tertentu, akan menampilkan Now on Tap, yang segera mengimbas maklumat pada skrin, untuk menghidang kepada anda lebih banyak maklumat seiring dan sejajar dengan konteks pada skrin, tentang perkara yang sedang anda cari. Contohnya, dengan mengaktif Google Now on Tap ketika mendengar sesuatu muzik, akan dipaparkan segala maklumat relevan mengenai artis, kumpulan pemuzik atau lagu berkenaan.
  • App Permissions mungkin salah satu ciri paling mustahak yang didatangkan kepada Android bersama Marshmallow. Di sebalik menjalankan pop-up untuk app permissions ketika membuat install app, kini pengguna Android boleh memberi izin kepada app atau sebaliknya, untuk mengakses ciri spesifik seperti kamera, apabila ciri berkenaan diseru oleh app berkenaan.
  • USB sokongan Type-C: Android Marshmallow akan memiliki sokongan natif bagi standard USB Type-C yang baharu itu. Kedua-dua Nexus 5X dan 6P mengguna port USB Type-C Micro-USB, menghindar salah cucuk kabel USB seperti dahulunya. Marshmellow juga menjanjikan backup bateri yang lebih baik dengan mod Doze, yang mensuis tutup proses latar belakang yang menelan banyak kuasa tenaga, lalu mengarah peralatan dalam keadaan sleep seluruhnya apabila tidak digunakan buat jangkamasa yang panjang. App yang kurang diguna juga akan diarah dan dibuat supaya standby dengan ciri App Standby bagi mengurang impak negatif kepada hayat bateri./li>
  • Keselamatan: Marshmallow menghidang pengimbas kesan jari natif kepada Android. Walaupun telah diumum ketika Google I/O, ia kini telah dilaksana secara rasmi sebagai Nexus Imprint pada Nexus 5X dan Nexus 6P. Pada bahagian About Device di Settings, Android Marshmallow kini memapar ‘Android Security Patch Level’ lengkap dengan tarikh terakhir tampal keselamatan peralatan tersebut. Satu ciri mudah tetapi bijak untuk menjejak tahap keselamatan peralatan anda daripada sebarang ancaman terakhir.
  • Chrome Custom Tabs: Dengan ciri ini, With this feature, clicking on links to web content within an app won’t take you to a Chrome window where you have wait for the page to load, but instead, will open a Chrome page within the app, loading the web page faster.

Chromecast 2015
Satu lagi peralatan Google yang popular ialah Chromecast. Ia telah menjalani baik pulih yang besar. Bukan sahaja Google mengemas kini peralatan striming video popular ini bahkan turut menambah satu lagi, untuk menstrim muzik, yang dipanggil Chromecast Audio. Kedua-dua peralatan didatangkan dengan rekaan berbentuk seperti cakera, manakala Chromecast padat dengan banyak lagi ciri hebat. Kini ia menyokong standard Wi-Fi 802.11ac, 5 GHz serta dilengkapi antena tambahan dahulunya satu, kini tiga. Juga, ia dilengkapi ciri baharu Fast-Play yang berupaya membuat praperoleh app striming video dan kandungan video episod akan datang sesebuah program TV, supaya pengalaman memain semula atau playback menjadi lebih pantas dan lancar. Chromecast Audio pula memboleh striming muzik menerusi Wi-Fi daripada telefon pintar kepada pembesar lama versi lama menerusi jek audio standard 3.5 mm, RCA atau output audio optikal.

Pixel C
The Pixel C (C bermaksud convertible atau boleh tukar) adalah sebuah peralatan tablet Android yang dilengkapi papan kekunci atau keyboard yang melekap padanya menerusi plat magnetik kecil. Ia dihubungkan dengan Bluetooth dan dicas dengan teknologi induction, yang menangkap arus tenaga daripada tablet. Peralatan tersebut adalah seangkatan dengan genre seumpamanya, yang baharu dilancar seperti iPad Pro atau Microsoft Surface Pro, dan dilengkapi ciri paparan 10.2 inci IPS LCD dengan resolusi 2560×1800. Di dalamnya pula, dilengkapi ciri pemproses quad core NVIDIA Tegra X1 dengan RAM 3GB. Pada luarannya, ia dilengkapi pembesar suara stereo dan port USB Type-C untuk memboleh cas. Peralatan tablet ini dijalankan dengan Android Marshmallow serta diberi opsyen storan 32GB dan 64GB.