VMAX
 
 
 
 

Memacu kemajuan ekosistem app di India menerusi perkongsian dengan IAMAI, Google & Paytm

VMAX Mobile 10X IAMAI Google Paytm partnership featured

Kami di VMAX™ yang gagasan ‘Digital India’ akan dirangsang oleh ‘Mobile India’ manakala app mudah alih akan memberi daya kuasa untuk melonjak negara ini menjadi kuasa besar digital. Didorong oleh keyakinan ini, kami sangat teruja memaklumkan gabungan dengan Internet and Mobile Association of India (IAMAI) sebagai rakan pengasas program Mobile 10X. Inisiatif unik ini bakal menyaksikan kami bergandingan dengan Google, Paytm dan IAMAI demi memaju ekosistem app di India.

Sebagai rakan pengasas kepada inisiatif ini, objektif kami adalah menjalani usaha supaya sejajar dengan slogan “Educate, Engage, Evangelize and Enable” (mendidik, membabit, menyebar dan memboleh) pemaju app di negara ini. Kami mendokong peranan penting dalam gagasan Mobile 10X menerusi penglibatan menganjur bengkel latihan, hackathon, job fest, app fest dan program mentor untuk manfaat pemaju app seluruh India.

Mobile 10X akan membentuk lima hab pemula yang diwujudkan di lima bandar raya, sepanjang lima tahun akan datang. Antara hab yang dibina itu termasuk kemudahan menguji app, makmal rekabentuk, ruang bekerja bersama, zon permainan dan zon monetization. Menerusi hab monetization, kami akan membimbing para pemaju app dengan kepakaran monetization, supaya mereka muncul daripada sekadar pemaju menjadi usahawan app (App Entrepreneur).’

Mobile 10X bermatlamat memacu hasil pendapatan app mudah alih dari INR 1,000 crore menjadi INR 10,000 crore menjelang 2019. Inisiatif ini juga bertujuan mempertingkat bilangan pemaju app mudah alih di India daripada 50,000 kepada 500,000 sepanjang tempoh lima tahun akan datang.

Ahli lembaga Mobile 10X dibarisi, antara lainnya Pengasas & CEO, Dippak Khurana; Rajan Anandan, Timbalan Presiden dan Pengarah Urusan Google, Asia Tenggara & India; Vijay Shekhar Sharma, Pengasas One97 & Paytm; dan Subho Ray, Presiden IAMAI.

Bagi meneliti penguman di atas, sila klik sini.

Related Posts