VMAX
 
 
 
 

Apple #WWDC2016: Rumusan pengumuman terbaik

WWDC16 round up blog featured

Apple punya banyak pengumuman hebat yand digarap daripada acara perhimpunan Apple Developers di Worldwide Developer Conference (WWDC) 2016. Saban tahun, Apple mengumum ciri baru perisian dan penambahbaikan terbaru yang ditujukan khas kepada para pembangun app untuk iPhone, Mac, dan yang terkini Apple Watch. Tahun ini pun begitu hebat juga. Pelbagai penambahbaikan diumumkan dan berikut adalah antara yang paling utama:

iOS10
Inilah pengumuman paling sensasi dalam senarai penambahbaikan yang bakal memperhebat dan memperkemas iOS, iaitu iOS 10:

  • Dengan iOS 10, para pengguna berupaya menatap ringkasan pengumuman (notification) sebaik mengusik atau memegang telefon pintar masing-masing. Banyak telefon Android yang telahpun menyedia ciri terbaru ini
  • Sentuhan 3D kini menyedia ciri interaksi terhebat, iaitu notification walau pada skrin terkunci.
  • Control center kini punya ciri tweak
  • Pengantara muka yang lebih ‘bersih’ telah direkabentuk semula untuk Apple Music
  • Maps berpadu terbuka dengan app pihak ketiga bagi memboleh penyepaduan, serta menyedia tweak rekabentuk yang sekaligus membuat ia serupa dengan Google Maps
  • Penyepaduan Siri dengan Apple Keyboard, memperboleh urusan menaip jadi lebih kontekstual
  • iMessage muncul utuk menyedia sokongan media yang kaya dengan emoji rekaan lanjutan serta penyepaduan dengan pihak ketiga

Baca lagi: Here’s Everything Apple Announced at WWDC 2016

 

Siri SDK
Apple kini menyedia satu Siri SDK yang memboleh pihak pembangun memasukkan Siri dalam app masing-masing. Pengguna boleh memanggil Siri dari dalam app ini untuk menghantar arahan kontekstual kepada app berkenaan.

Baca lagi: Apple opens Siri up to developers with third-party SDK

 

watchOS 3
Apple mengumum kemaskini watchOS yang antara lain mengetengah prestasi yang telah diperbaiki, serta lain-lain penambahbaikan Terdapatnya kelajuan 7 kali lebih baik daripada versi sebelumnya. Watch OS 3 turut membuat sorotan tentang pusat dok dan kawalan, sama seperti yang dimiliki oleh oleh iOS.

Baca lagi: watchOS just got a lot faster — at everything