VMAX
 
 
 
 

Memilih jenis pengiklanan adalah langkah sulung kepada kejayaan monetization app

VMAX Ad Type Featured image

Matlamat terbesar mencipta app, sudah pasti, adalah untuk memperoleh pengguna menggunanya. Apalah gunanya app itu jika orang tidak mahu melihatnya. Jadi tumpuan anda ialah bukan setakat menentukan yang ia berfungsi bagus terhadap apa yang sepatut ia laksanakan, bahkan mesti semesra pelanggan yang mungkin. App yang anda cipta mesti tampil bagus, berfungsi lancar dan sangat intuitif di kalangan pengguna.

Oleh itu, anda ingin membuat duit (monetize) daripadanya sekarang. Namun, jenis iklan yang dipilih, cara ia tampil pada app anda boleh mempengaruhi kebangkalian memperoleh pendapatan yang bagus. Pengguna anda pula, berasa terganggu dan tersiksa jika iklan tampil secara tiba-tiba entah dari mana, ketika pengguna berinteraksi dengan app. Lebih buruk, jika pengguna enggan mengguna app anda pada masa akan datang.

Memilih iklan paling sesuai untuk pengalaman app anda adalah langkah sulung terbaik ke arah menentukan proses monetization yang laris. Berikut adalah empat jenis utama kategori iklan yang anda boleh pilih:

  • Iklan natif
    Iklan natif berkesan untuk app yang memuat isi kandungan yang berat kerana ia boleh menyesuai dan serasi selancarnya dalam app lantaran tampil seolah sebahagian daripada kandungan. Iklan jenis ini membuat pengguna kekal lancar melayar, tidak terganggu bahkan kadangkala, memberi kelegaan kepada laman yang penuh dengan isi kandungan semata-mata. Iklan natif boleh tampil dalam frem permaian atau sebagai in-feed atau salah satu bahagian strim kandungan bagi app yang bukan jenis permainan.
  • Iklan video
    Iklan video semakin popular digunakan untuk menarik pembabitan pengguna, kerana banyak mesej dapat disampaikan dalam tempoh masa yang pendek, dengan cara yang sangat menarik tumpuan. Iklan video boleh ditampilkan sebagai pratayang (pre-roll) dalam kandungan video, yang menyedia pengalaman tontonan video yang sangat lancar. Iklan jenis ini juga sesuao ditampilkan ketika transisi in-app sebagai iklan interstitial yang menuil kesempatan daripada kewujudan ruang kosong antara transisi.
  • Iklan incent
    Iklan jenis ini semakin popular kerana kemampuan menjana paras pembabita pengguna yang lebih tinggi. Iklan incent memberi insentif keada interaksi pengguna dengan iklan, menggalak mereka berinteraksi dengan cara yang menghala kepada hasil yang ingin dicapai oleh para pengiklan.

    Dalam app permainan, iklan incent boleh dimanfaati untuk menggalak pengguna menghurai buka kunci supaya dapat berganjak ke aras lebih tinggi, atau untuk meraih matawang maya dengan sekadar menonton video atau melanggan satu-satu tawaran daripada dinding tawaran (offerwall). Pengguna boleh merungkai kunci terhadap kandungan spesifik atau ciri dalam app yang bukan jenis permainan dengan hanya mengklik pada iklan incent.

  • Iklan peragaan
    Iklan jenis ini juga banyak digunakan dewasa ini. Dengan sifatnya yang memboleh anda mengguna kesempatan sepenuhnya terhadap keluasan skrin app, ia juga boleh ditampil pada masa dan dengan format yang bersesuaian dengan pengalaman app anda. Iklan peragaan boleh dilaksana sebagai iklan banner dalam kandungan app. Jenis iklan ini juga boleh ditampil sebagai iklan interstitial sepenuh skrin ketika transisi, sekaligus menyedia pengalaman yang tidak terganggu kepada pengguna app.

 

Anda juga boleh memilih mana-mana satu daripada jenis iklan yang disebutkan di atas atau campuran pelbagai format untuk memanfaati usaha monetize app. Anda boleh membuatkan pelbagai app untuk urusan monetize, atau anda berkemungkinan ingin mengguna lebih daripada satu jenis iklan dalam satu-satu app. Dalam hal demikian, adalah bagus jika anda memilih satu platform yang dapat menyokong tujuan pelbagai jenis iklan, serta menyelia berbagai rakan pengiklanan. Hal ini akan memastikan setiap spot iklan dalam app mendapat kadar tatapan yang sepenuhnya, yang pastinya membuahkan pendapatan semaksimum yang mungkin.