VMAX
 
 
 
 

Permantap hasil pendapatan iklan mudah alih dengan Direct Deals

VMAX Direct Deals featured image

Disebabkan peningkatan dalam keperluan konsumer yang mengguna telefon pintar untuk memenuhi keperluan digital, maka permintaan kepada penggunaan app juga akan turut meningkat. Ketika anda berusaha menjalankan monetizing terhadap app berkenaan, anda juga akan dihubungi secara langsung oleh pemilik jenama atau lain-lain pengiklan yang mahu mengambil peluang daripada app anda kerana audien yang sesuai serta isi kandungan yang dipaparkan.

Jika app anda, contohnya, menghidang isi kandungan pendidikan, maka institusi pendidikan bakal menghubungi anda supaya anda memprommosi jenama mereka menerusi iklan pada app anda. Jika anda menghidang app temujanji (dating), maka jenama yang mensasarkan audien berumur antara 18 hingga 35 tahun bakal menghubungi anda untuk beriklan pada app anda.

Apapun, ini bermakna lebih banyak peluang meraih pendapatan daripada iklan untuk dimanfaati. Namun, adalah mustahak bagi anda mengurus dan memperkembang hubungan langsung yang terjalin dan pastikan anda memiliki penyelesaian yang sempurna lagi kemas untuk mengintegrasi hubungan usahasama langsung ini ke dalam strategi monetization app.

Ketika VMAX™ memaksimum pendapatan daripada app untuk anda, iaitu memberi anda kemudahan akses kepada rakan pengiklan dan ciri kegunaan mempromosi iklan yang hebat, serta memboleh anda kawal usaha monetization, ia turut memanjangkan keupayaan berkenaan kepada pihak pengiklan yang anda jalinkan hubungan langsung. VMAX™ memberi anda kawalan sepenuhnya terhadap semua kempen iklan langsung yang anda jalin dan capai. Anda bebas memilih audien sasaran (negara, peralatan, operator telekomunikasi, dan seumpamany). Anda juga bebas memilih model harga, sama ada CPC atau CPM.

Malahan VMAX™ nenboleh anda kawal kekerapan bagi setiap pengguna tatap sesebuah iklan langsung anda. Sokongan platform ini kepada berbagai format persembahan iklan seprti imej, rich media, iklan natif atau video membantu menarik perhatian pengguna kepada iklan mudah alih dengan pembabitan yang tinggi. Dashboard yang disatukan memboleh anda pandangan terperinci mengenai hubungan dengan pengiklan langsung, sekaligus memboleh anda kawal selia dan mengurus mereka dengan selancarnya.

Lebih mengujakan, apabila empayar app anda bertambah bilangan pengguna, dan bisnes daripada app anda maju, anda mungkin memerlukan tim jualan bagi membantu anda urus dan pergiat hubungan pengiklan lansung. Di sinilah keupayaan VMAX™ yang tangkas dan segera membantu. Kerana VMAX™ menyediakan upaya untuk melengkapi supaya anda berterus dan bersinambungan meraih yang terbaik, permintaan yang menguntungkan terhadap inventori iklan anda, yang hanya menterjemah kepada hasil pendapatan yang maksimium daripada kegunaan app anda.