VMAX
 
 
 
 

Memperkaya pengalaman iklan yang melekakan pengguna app dengan iklan natif baru VMAX™

VMAX Native ad  Tile and Icon

Iklan natif adalah cara hebat untuk meleka dan membabitkan pengguna kepada app. Ia memboleh anda mengalami iklan yang dapat menyesuai serasi dengan fungsian dan form app. Namun, pengalaman penggunaan app hari ini telah mencecah tahap kaya dan pelbagai, lantas memaksa anda menghasil reka letak iklan natif yang sesuai dengan kegemaran dan tindak tanduk pengguna, kerana mereka bakal menjadi sebahagian daripada ‘dunia’ app anda.

Sepatutnya juga, adalah mudah untuk mengintegrasi iklan natif ke dalam app/permainan supaya anda hanya terfokus kepada ehwal lebih mustahak seperti lojik bisnes app anda. Kemas kini terkini kepada VMAX™ SDK untuk Android dan iOS memperakui keperluan ini dan membawa banyak perubahan mengikut perspektif iklan natif.

Native_Icon_ad_newNative_IconDua reka letak baharu untuk iklan natif
SDK masih memberi sokongan kepada reka letak iklan natif seperti in-feed dan strim kandungan, manakala ciri kemas kini tambahan ialah sokongan kepada dua reka letak iklan menerusi pustaka pembantu (helper): Icon dan Tile.

Icon
Disaran untuk: Permainan mudah alih
Dengan reka letak iklan natif yang baharu ini, anda boleh peraga iklan di posisi strategik seperti objek permainan dan peta aras. Iklan jenis ini sangat serasi bercampur, bahkan menokok padan dengan isi kandungan permainan, memboleh pengguna bermain dengan lancar, tanpa rasa terganggu.

Iklan jenis ini kelihatan seperti elemen visual seolah sebahagian daripada permainan, dan iklan penuh skrin muncul pada skrin hanya apabila pengguna klik pada ikon. Pengalaman menatap iklan jadi lancar bahkan menerbit respon pembabitan daripada pengguna.

Tile Native_Tile
Disaran untuk: App Muzik, video dan galeri imej
Banyak pengalaman pengguna app hari ini mengumpil suai reka letak tile dengan peraga kandungan, secara yang cukup menarik dari segi visual, dan menimbul rasa intuitif. Reka letak tile mengambil kelebihan pendekatan ini, memboleh iklan diperaga sekonsisten dengan form dan fungsian rekabentuk app.

Contohnya, satu senarai album kelihatan seperti tile dalam sebuah app muzik, dan beberapa tile tersebut boleh diikuti dengn iklan mudah alih yang relevan, yang kelihatan seolah ia tile selanjutnya dalam senarai. Bila pengguna klik tile ini, pilihan yang ditawarkan terbuka pada tetingkap browser secara berasingan. Ini bermakna pengguna app tidak terganggu ketika iklan menerpa tatapan mereka.

Kenyal dan Mantap
Pustaka pembantu (Helper Library) memisah pembentukan realistik iklan natif daripada logik bisnes, sekaligus memboleh anda memberi tumpuan kepada usaha mempertingkat pengalaman mengguna app. Tambahan pula, usaha memperaga iklan natif pada app jadi mudah, menerusi reka letak yang dirancang serta memudah anda tempa elemen iklan natif dan lembaran gaya (style sheet) mengikut kesesuaian pengalaman guna app permainan anda.

Kesemua ciri ini tiada langsung mengganggu saiz app. Anda import pustaka pembantu hanya bila anda mahu memperaga iklan natif, bermakna, saiz app anda sentiasa disemak. Dan ini memboleh anda peraga lain jenis iklan yang difikir sesuai dengan pengalaman app. Lagipun, semua reka letak iklan natif yang disokong SDK kini mematuhi standar yang digaris oleh IAB untuk iklan natif.

Mulailah mencipta iklan yang memikat pengalaman keterlibatan, lancar dan termaju untuk app anda yang natijahnya ialah pembabitan pengguna yang lebih rapat. Kesemua ciri pembaikan ini adalah milik anda untuk digunapakai dan diambil kesempatan. Sila muat turun SDK yang telah dikemas kini untuk platform pilihan anda di sini.

Sila rujuk dokumentasi rasmi mengenai kaedah mengintegrasi reka letak baharu iklan ini untuk Android atau iOS. Sila ajukan sebarang kemusykilan secara bertulis kepada kami di productsupport@vmax.com.

Related Posts