VMAX
 
 
 
 

Penerbit permainan sekelian, kini masa sesuai untuk anda sasar ke pasaran permainan mudah alih India

VMAX Mobile gaming in India growth featured

Kebanyakan pengguna telefon pintar gemar permainan mudah alih. Inilah kebenaran. Hakikat ini adalah sesuatu yang baik untuk diraih, yang boleh diterjemah kepada idea hebat. Menurut App Annie’s Mobile App Forecast of February 2016, 41% app yang dimuat turun pada 2015 adalah permainan mudah alih. Permainan mudah alih memberi sumbangan 80% kepada hasil pendapatan Google Play, dan 75% kepada Apple App Store.

Inilah tahap kegemaran pengguna telefon pintar seluruh dunia kepada permainan mudah alih. Situasi sama juga melanda India, tetapi pada senario yang lebih menarik. Di samping pemain tegar (hardcore), sejumlah besar peminat permainan mudah alih adalah kalangan kali pertama, iaitu pemain kasual. Mereka berjinak-jinak dengan permainan digital buat kali pertama menerusi perkakas mudah alih, berbeza dengan lain-lain komuniti seperti di U.S., yang kebanyakannya telah melalui dan menyusuri dari tahap permainan desktop kepada permainan mudah alih pada telefon pintar. This is what makes the Indian gaming market such an exciting proposition for app publishers.

Permainan mudah alih India kian berkembang
Hasil pendapatan daripada permainan mudah alih di India, bersandar daripada pangkalan data yang kian meningkat, dianggarkan berkembang pada CAGR melebihi 135% antara 2013 dan 2016. Hasil pendapatan ini, setelah penambahbaikan ekosistem, dijangka mencecah USD 571 juta pada 2016, berdasarkan sejumlah 208 juta pemain permainan mudah alih di negara berkenaan. Satu laporan 208 million mobile gamers in the country. Newzoo menganggar purata (permainan mudah alih) pendapatan per pengguna merentasi semua perkakas mudah alih berkembang pada CAGR 90% antara 2013 dan 2016.

Permainan strategi dan kasino memimpin pasaran
Terdapat berbagai permainan mudah alih berlatar pelbagai genre yang popular di kalangan peminat permainan mudah alih di India. Namun, paling teratas pada carta kasar, permainan yang mendominasi negara itu ialah jenis Strategi dan Kasino.

  • Empat daripada sepuluh permainan teratas yang dimuat turun adalah jenis kasino
  • Ruang permainan strategy, sebilangan besar dikuasai pemain antarabangsa, antaranya Supercell, Machine Zone, IGG
  • Ruang permainan kasino dikuasai oleh berbagai jenis permainan kad tradisional India yang dipanggil Teen Patti daripada para penerbit India seperti Octro, Ultimate games, Moonfrog Labs.

Permainan bersentuhan setempat berpotensi besar untuk diambil kesempatan
Kejayaan permainan setempat seperti Teen Patti dan Rummy jelas menunjukkan peminat di India cenderung kepada permainan yang diserasikan dan ditempa kerana mengandungi isi kandungan setempat. 425 juta warga India bertutur dalam bahasa Hindi – sebagai bahasa pertama, manakala 125 juta orang menguasai bahasa Inggeris (lazimnya sebagai bahasa kedua selepas Hindi). Menghidang kandungan permainan dalam bahasa Hindi, boleh membawa permainan anda maju dan bertahan lama di pasaran India. Peminat biasanya memilih permainan mudah alih yang mengguna kurang data mudah alih, berfungsi dengan mengguna bandwidth lemah bahkan secara luar talian (offline). Mereka juga minat permainan yang mempunyai ciri permainan sosial. Peminat permainan mudah alih di India memang terbuka kepada idea permainan yang bersokongan iklan.

Latar belakang yang disebutkan di atas menggambarkan betapa besarnya potensi pasaran permainan mudah alih di India. Negara ini menanti penglibatan usahawan app untuk mengambil kesempatan terhadap permainan mudah alih di telefon pintar. Dan inilah masa paling sesuai bagi semua penerbit app untuk menjadikan atau mengambil kesempatan daripada permainan mudah alih supaya dapat muncul sebagai sumber bisnes yang hebat di samping menempa kejayaan terpuncak dalam arena pasaran yang kian maju ini.

Related Posts