VMAX
 
 
 
 

Viewability suatu isu yang menghantui penerbit dan pembikin app permainan

Viewability challenge for app publishers

Satu cabaran besar yang menghantui pengiklan ialah untuk memastikan mereka mendapat nilai terbaik daripada ruang iklan yang mereka bayar. Pengiklan sentiasa mahu jaminan yang iklan mereka dilihat, supaya tidak membazir kerana tidak terperasan oleh pengguna. Dalam hal ini, pihak Media Rating Council (MRC) tahun lepas menyatakan, satu-satu iklan paparan itu dianggap ‘viewable’ apabila kadar kelihatan pada skrin mencapai 50% untuk tempoh satu saat.

Pada teori, ini bermakna, bagi setiap iklan yang dimuat pada app anda, peluang memperoleh pendapatan tiba apabila pengguna melihat sebahagian atau seluruhnya untuk tempoh satu saat atau lebih. Panduan ini, digunapakai untuk iklan berasas desktop dan sudah tentu, trend hitungan ini akan mengambil kira tatapan pada telefon mudah alih, dan para penerbit app berdepan situasi yang sangat mencabar.

Namun, kami percaya, apabila syarat hitungan ini diwajibkan nanti, penerbit permainan mungkin tidak akan terkesan dengan kadar viewability kerana sifat pengiklanan mudah alih itu, terutama yang berkaitan dengan permainan mudah alih.

Pengiklanan pada permainan mudah alih lazimnya mengguna jenis interstitial, video ganjaran, atau natif. Jenis interstitial memboleh iklan mengisi hampir seluruh skrin, lantas mematahkan terus sebarang perdebatan tentang viewability.

Jenis video berganjaran pula agak menarik, kerana ia menggalak pembabitan pengguna. Iklan kategori ini juga selalunya memenuhi ruang skrin secara signifikan. Bermakna, sudah pasti pengguna melihat iklan berkenaan. Namun, pengguna masih punya opsyen memilih sama ada hendak membabit diri dengan iklan atau tidak. Apapun tiada kena mengena langsung tentang persoalan ‘viewability’ di sini kerana ia tertakluk kepada pilihan pengguna. Jika pengguna memilih untuk menatap iklan, pasti, dan pasti iklan jelas kelihatan.

Iklan natif dalam permainan mudah alih adalah diperlukan untuk bercampur dengan pengalaman in-game yang membuat pengguna memberi tumpuan serta terbabit. Pengguna akan pasti dapat menatap iklan jenis ini kerana ia sebahagian daripada permainan. Lantaran itu, tiada masalah viewability untuk jenis iklan ini.

Sama juga halnya dengan iklan banner yang diguna dalam permainan. Jika iklan banner tampil sebagai iklan sticky pada skrin, viewability bukan satu isu. Selagi dua jenis iklan ini diletakkan pada viewport pengguna, maka viewability tidak menjadi isu.

Hanya dalam kes di mana iklan terpapar sebagai sebahagian daripada permainan, dengan cara paparan yang bergerak selari dan serentak dengan permainan, maka ada kemungkinan pengguna tidak perasan kepada iklan tersebut, terutama bila iklan bergerak melepasi frem secara terlalu pantas sehingga tidak diperasan oleh pengguna.

Dalam hal ini, para pembangun permainan boleh mengambil langkah prihatin untuk meletakkan unit iklan supaya tampil ketika permainan sedang perlahan – cukup untuk pengguna nampak iklan terbabit. Tambahan lagi, satu amalan baik ialah memapar iklan ketika paparan statistik aras lengkap permainan. Dengan cara ini, ia bukan sahaja meningkatkan peluang untuk pengguna nampak iklan, bahkan terbabit dengannya jika mereka berasa ia relevan.

Apa pun, isu viewability ini pasti menjelma untuk melanda minda kita yang terlibat dalam pembikinan app mudah alih dan penerbitan permainan. Mungkin juga aspek ini tidak menjejaskan penerbit permainan, namun adalah bijak untuk merancang pengalaman beriklan di tahap prestasi optimum supaya dapat memaut pembabitan pengguna.

Related Posts