VMAX
 
 
 
 

Sudahkah anda meraih pasaran telefon pintar Vietnam, yang semakin bertambah minat kepada permainan mudah alih?

VMAX Vietnam rise of mobile gaming ecosystem featured image

Permainan diperakui sebagai aktiviti paling popular di kalangan pengguna telefon pintar, kerana peralatan ini menjadikan permainan digital menjadi mudah alih, boleh dimain di mana dan pada sebarang masa, serta sangat murah. Juga, apabila tidak bermain, anda boleh kekal berhubungan dengan dunia, mencari dan meneroka serta berhibur dengan lain-lain bentuk multimedia. Selagi telefon pintar bertambah maju dan canggih, permainan mudah alih tegar popular di kalangan pengguna.

Suatu ketika pada tahun lepas, kita pernah membincangkan alasan kenapa penerbit permainan mudah alih seharusnya memberi perhatian kepada pasaran India. Kita menyentuh tentang masa signifikan yang diluangkan oleh pengguna telefon pintar negara itu, sekitar 211 minit sehari, dengan permainan mudah alih. Namun populariti permainan mudah alih ini tidak sekadar popular di India bahkan di kebanyakan negara lain. Harus diberi perhatian bahawa ekosistem permainan mudah alih di Asia Tenggara kini semakin canggih dan berkembang maju, sehinggakan dianggarkan perkembangan di rantau ini akan memacu pertumbuhan ekosistem permainan mudah alih peringkat global secara keseluruhannya.

Vietnam contohnya, menyaksikan 38% daripada hasil pendapatan permainan berpunca daripada peralatan mudah alih. Angka ini memberi sumbangan sebanyak USD 82.4 juta. Bahkan, dianggarkan hasil pendapatan permainan mudah alih di Vietnam bakal menjadi yang terpantas bertumbuh maju berbanding lain-lain negara di Asia Tenggara, pada kadar CAGR melebihi 87% dari 2013 dan 2017.

Vietnam GamersHasil pendapatan daripada permainan menrusi telefon pintar dan tablet dijangka USD 161.6 juta menjelang 2017, iaitu menjumlahi 50% lebih sedikit daripada jumlah hasil pendapatan permainan yang diperoleh negara berkenaan.

Kenaikan jumlah angka ini adalah fakta yang bakal membukktikan kenyataan bahawa negara terebut bakal melihat pengingkatan dalam permainan mudah alih. Punca utama kepada senario ini ialah kerana telefon pintar hari ini mampu menghidang pengalaman yang hebat lagi mengasyikkan. Juga, purata masa diluangkan pada internet mudah alih sehari di negara ini, adalah sekitar dua setengah jam, suatu saranan yang menjelaskan bahawa orang Vietnam kian beralih kepada telefon pintar untuk memenuhi keperluan isi kandungan digital. Lebih-lebih lagi, sejumlah lebih 31 juta orang kini adalah pemain permainan mudah alih, adalah wajar kenyataan bahawa permainan mudah alih kini meraih masa yang besar di kalangan orang Vietnam.

Petunjuk sebenar kepada pertumbuhan ekonomi yang disumbangkan oleh permainan mudah alih ialah bilangan muat turun yang dilakukan oleh warga Vietnam semenjak kebelakangan ini. Vietnam mencatat lebih 350 juta muat turun untuk kombinasi app merentasi Google Play Store dan Apple App Store setiap tahun. Angka ini bertambah 50% menerusi Play Store dan 40% pada App Store berbanding tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, dari sudut hasil pendapatan tahunan daripada permainan mudah App Store mencatat kenaikan 60% manakala Play Store mendapat kenaikan 40% dalam tempoh yang sama.

Kenyataan bahawa permainan mudah alih memberi sumbangan muat turun hampir 50% merentasi kedua-dua Google Play Store dan Apple App Store, memberi petunjuk bahawa permainan mudah alih kini sudah menjadi sebahagian yang mustahak kepada kehidupan lazim para pengguna telefon pintar di Vietnam. Juga terbukti, sebilangan 48% daripada pemain permainan mudah alih membelanja wang untuk permainan mudah alih. Permainan perlumbaan menjadi genre mudah alih paling popular di kalangan kedua-dua yang berbelanja dan tidak berbelanja. Lebih ramai orang yang tidak berbelanja di Vietnam bermain permainan melatih otak atau berasas pendidikan daripada mereka yang berbelanja wang.

Negara ini juga mempunyai komuniti pemaju app seramai 14,000 orang. Flappy Bird, sejenis permainan mudah alih yang meraih populariti segera secara meluas ketika diperkenalkan, adalah ciptaan Dong Nguyen, seorang pemaju app warga Vietnam yang beroperasi dari ibu negara di Hanoi. Nguyen, baru-baru ini menarik balik permainan ini daripada pasaran, namun ia masih menghasilkan pendapatan USD 50,000 setiap hari. Bermakna, terdapat potensi peluang yang besar menanti pemaju permainan tempatan dan luar negara yang boleh meraih keuntungan daripada permintaan kepada permainan mudah alih di negara berkenaan. Sudah pasti permainan mudah alih boleh memberi sumbangan besar kepada perniagaan di Vietnam.

Related Posts