VMAX
 
 
 
 

Apa yang perlu dimaklumi tentang ekosistem permainan mudah alih yang semakin pesat berkembang di Thailand

VMAX Thailand's fast growing mobile ecosystem

Salah satu ekosistem mudah alih yang kian bertambah maju di Asia Tenggara ialah Thailand. Bukan sahaja peralihan guna telefon pintar semakin meningkat, bahkan minat kepada permainan mudah alih itu juga bertambah. Menurut laporan Newzoo, permainan mudah alih memberi sumbangan hasil sebanyak USD 171 juta, yang merupakan 51% daripada jumlah pendapatan hasil negara berkenaan, yang dijangka berkembang dengan kadar CAGR 31% antara 2013 dan 2017.

Apakah yang mendorong pertumbuhan pesat permainan mudah alih di negara ini? Pertumbuhan ekonomi yang pesat dialami Thailand sudah tentu satu faktor yang mendorong lebih ramai warga negara ini mengguna telefon pintar. Satu pertiga penduduk Thailand memiliki telefon pintar. kadar keterhubungan Internet negara itu ialah 42%. Ini bermakna lebih ramai warganya kini cenderung dalam talian dan mengakses isi digital pada telefon pintar

Permainan mudah alih adalah antara kandungan paling popular pada telefon pintar kerana gajet itu boleh menghidang permainan yang memukau dan mengasyikkan berbandinga media tradisional lain. Maka tidak menghairankan Thailand mencatat lebih 13 juta pemain mudah alih yang aktif. 49% daripada pemain ini berbelanja wang untuk permainan mudah alih, yang secara relatif, lebih tinggi daripada kadar kadar purata 45% global.

Permainan lumba adalah genre paling popular di kalangan peminat permainan mudah alih Thai yang turut berbelanja wang bermain permainan. Umur purata pemain ini adalah antara 21 hingga 35 tahun, dan 55% daripada mereka adalah lelaki. Di sudut pemeringkatan pula, Thailand menduduki tempat ke-9dalam senarai bilangan pemuat turun app Google Play Store, bermakna, terdapat potensi besar bagi pemaju app menyasar dan mengembang bisnes app dengan meraih pendapatan daripada pasaran mudah alih negara berkenaan.

Jika anda pemaju permainan dari Asia Tenggara, maka ada sesuatu yang patut anda tahu. Hanya 35% permainan paling top di Thailand berasal dari penerbit app negara Barat, iaitu terendah di kalangan negara Asia Tenggara. Penerbit permainan paling top global seperti King dan Supercell, adalah antara penerbit barat paling top mengikut pemeringkatan 20 teratas. Permainan mudah alih paling popular di kalangan peminat Thai ialah dari Asia. Bermakna, terdapat peluang yang besar bagi pemaju permainan untuk meraih kejayaan dari pasaran ini.

Related Posts