VMAX
 
 
 
 

Ketahui gelagat pengguna app di India dengan merujuk laporan Vserv SUPR 2015

SUPR VMAX featured

Hari ini, India mempunyai lebih 160 juta pengguna telefon pintar. Bilangan pengguna pula pasti akan meningkat dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Bahkan, menjelang 2017, dianggarkan pengguna telefon pintar akan mencecah bilangan seramai 234 juta orang. Bagi kesemua pengguna ini, peralatan mudah alih yang dimiliki digunakan terutamanya untuk memperoleh kandungan dan akses kepada Internet. Bermakna, lebih ramai pengguna yang bertambah, maka lebih ramai yang akan mengguna app yang anda cipta untuk manfaat pengguna.

Dengan app yang anda cipta, anda telahpun meletak dan menetapkan sasaran audien tertentu untuk ditujukan supaya app anda digunakan. Adalah lebih bagus jika anda mendapat maklumat dan makluman yang tepat berkaitan pengguna telefon pintar serta mengetahui gelagat pilihan app mereka. Smartphone User Persona Report (SUPR) 2015 terbaru kendalian Vserv, boleh memberi anda kefahaman mendalam tentang pengguna telefon pintar di India yang semakin bertambah ramai ini, serta corak penggunaan mereka. Laporan yang berlandaskan kajian yang dilaksanakan oleh Nielsen Informate Mobile Insights ini, membahagikan latar pengguna mengikut latar persona yang berbeza, di samping menyedia maklumat mendalam tentang setiap daripada pengguna ini mengikut penggunaan app, masa diluang pada peralatan dan corak penggunaan data.

Beberapa fakta utama daripada laporan tersebut:

  • Kadar penembusan pasaran telefon pintar yang semakin bertumbuh pesat di negara ini adalah dipacu oleh warga India berumur bawah 25 tahun, atau 63% dariapda jumlah pengguna.
  • Purata masa yang diluangkan oleh pengguna telefon pintar pada peralatan mereka ialah 169 minit sehari.
  • Laporann tersebut mengkategori pengguna telefon pintar mengikut enam persona utama: App Junkies, Social Stars, Conversationalists, Entertainment Buffs, Utilitarians dan Dabblers.

SUPR turut mengungkap banyak lagi pengamatan yang sebelum ini tidak diketahui mengenai penggunaan telefon pintar di India, menjadikan laporan tersebut paling besar dan paling terperinci mengenai pengguna telefon pintar di negara tersebut. Anda disaran membaca laporan tersebut kerana ia memberi maklumat mendalam supaya anda memahami siapa bakal pengguna kepada app yang anda cipta, dan bagaimana anda boleh mempertingkat pengalaman app berdasarkan kefahaman tentang gelagat pengguna di India.

To download the complete report, please enter your valid email id here: