VMAX
 
 
 
 

Perhatian untuk pemaju permainan! Indonesia adalah tumpuan aksi permainan mudah alih hari ini.

VMAX Rise of mobile gaming Indonesia_698-345

Jika ada sesuatu yang popular dalam talian, tak kira di wilayah atau negara mana anda berada, pastinya permainan mudah alih. Kita pernah lihat ada app yang begitu sukses di sesebuah wilayah, tetapi gagal di tempat lain, kerana tidak sesuai dengan budaya digital wilayah berkenaan. Apa pun, kegagalan tidak melanda kepada permainan mudah alih.

Sama ada di India atau Vietnam, kita melihat betapa popularnya permainan mudah alih di seluruh dunia. Selain rangkaian sosial, jika ada sesuatu yang punya daya tarikan untuk mengumpul dan menyatukan orang menerusi telefon pintar bahkan dapat mewujud satu komuniti, pasti jawapannya, permainan mudah alih. Kegemaran kepada permainan mudah alih kini tersebar luas ke seluruh dunia, dan kita melihat kadar pertumbuhan yang sangat pesat di Indonesia.

Mengikut laporan 2015 Newzoomengenai pasaran permainan Asia Tenggara, dianggarkan Indonesia sebagai pasaran paling pesat berkembang dari sudut pendapatan, dengan CAGR 37% antara 2013 dan 2017. Permainan mudah alih memberi sumbangan 52% kepada semua hasil pendapatan permainan pada 2015, dan mencatat hasil sebanyak USD 167 juta.

Menurut Laporan App-Annie-2015-Retrospective, muat turun merentasi app store Google Play & iOS di Indonesia berkembang kepada 40% pada 2015 dari tahun sebelumnya. Negara itu menduduki tangga ke-6 di Google Play store, dari sudut muat turun app.

Julah peratus pemain mudah alih Indonesia ialah 26% daripada semua pemain mudah alih di Asia Tenggara. Dari segi pemain permainan mudah alih yang aktif, Indonesia catat angka tetinggi (30.7 juta) berbanding lain-lain negara di Asia Tenggara. Daripada jumlah pemain mudah alih yang aktif, 9% berbelanja untuk permainan, iaitu 45% lebih tinggi daripada catatan purata seluruh wilayah Asia Tenggara. Permainan strategi & perlumbaan adalah yang tertinggi dibelanjakan degan wang.

Satu sebab mengapa permainan mudah alih jadi sangat popular di negara berkenaan ialah, walaupun 10% pemain mudah alih berumur antara 25 hingga 34 tahun, jumlah peratus pemain yang berumur bawah 24 tahun ialah 82% Bermakna, masa depan permainan mudah alih di Indonesia adalah sangat cerah, dan ini sudah tentu menjanjikan peluang yang besar buat pemaju permainan. Jika anda pemaju permainan yang sedang mencari sasaran terbaik, maka inilah masanya untuk melebar sayap ke Indonesia.

Related Posts