VMAX
 
 
 
 

#MWC16: Sorotan pengumuman utama

VMAX MWC 2016 roundup featured

Setiap tahun, perhatian kalangan peminat dan penggiat ekosistem mudah alih memberi tumpuan kepada Mobile World Congress (MWC) untuk meninjau dan mengetahui tentang inovasi teknologi terkini dalam industri mudah alih. Tahun lepas, MWC telah menyaksikan pelancaran pelbagai telefon pintar dan produk wearable. Tahun ini juga menyaksikan pengumuman yang serupa. Namun pengumuman sehari lebih awal yang dilakukan oleh beberapa jenama seperti LG dan Samsung, yang mengumumkan keluaran terbaru masing-masing, dilihat sebagai bertujuan mencuri tumpuan daripada acara tahunan tersebut. Dan ternyata, mereka mampu mencuri tumpuan dengan pelbagai inovasi untuk dimanfaati pasaran.

Aspek inovasi kali ini menetapkan trend, bukan sahaja di sudut kemampuan baru yang dicipta untuk telefon pintar, bahkan teknologi mudah alih lain yang dapat mempertingkat pengalaman di arena mudah alih. Berikut adalah antara sorotan pengumuman yang menjadi tajuk utama pada Hari 1 di MWC.

Reka bentuk telefon pintar modular

LG announced the next iteration of its flagship G series LG mengumum pelelaran kemegahan telefon pintar G series, iaitu G5 sehari sebelum berlangsungnya MWC. Mereka yang mengikut secara dekat arena telefon pintar akan mengetahui bahawa desas desus menunjuk G5 akan dilengkapi reka bentuk modular. Keluaran LG G5 punya reka bentuk modular pada slot bateri gelangsar luar pada bahagian bawah telefon, memboleh pengguna menyisih ganti modul bateri dengan aneka opsyen termasuk modul kamera dengan kawalan fizikal dan modul dari hi-fi Digital kepada Analog Converter (DAC).

Syarikat berkenaan juga mengumum kemunculan pelbagai peralatan aksesori yang dinamakan ‘Friends’ yang merangkumi kamera 360 darjah, serta headset VR tipis yang berfungsi serasi dengan G5. Walaupun telefon itu tidak modular sepenuhnya dari segi rekabentuk, keluaran terbaru itu jelas memberi andaian dan spekulasi tentang haluan rekabentuk telefon pintar pada masa depan, yang cenderung untuk menyerap penampilan dan fungsian modular.

Realiti maya, kini suatu realiti

Dengan pelancaran G5, LG turut mengumum kemunculan headset VR yang tipis. Headset LG memapar peragaan VR tersendiri yang terhubung dengan G5 melalui USB menyalurkan kandungan pengalaman VR. Samsung pula mengumum headset Gear VR untuk pelancaran produk kemegahan peralatan Galaxy S7. Pengumuman trend pengalaman VR membayangi pelancaran sebenar keluaran telefon pintar baharu semenjak syarikat berkenaan bergandingan dengan Facebook untuk menunjukkan ciri striming dinamik sajian Oculus yang juga jenama milik Facebook.

HTC juga mengumum harga headset Vive VR pada Hari 1 MWC. Headset yang dicipta dengan usahasama Valve, berharga USD 799, yang menyebabkan pelbagai reaksi. Pengeluar cuba memberi alasan kepada harga yang tinggi itu dengan menyatakan ia bukan sekadar sebuah headset VR, tetapi menyaji pengalaman yang lebih realistik menerusi kawalan pergerakan dengan timbal balik haptik.

Teknologi mudah alih dengan pandangan360 darjah

Sekali lagi LG dan Samsung memapar kamera 360 darjah yang cuba menggembar gembur aksesori tersebut sebagai yang bernilai untuk telefon pintar kemegahan masing-masing. Kamera LG 360 berfungsi seolah serupa dengan Google Street View, merakam 360 gambar sekeliling dengan sekali petik. Kamera itu dilengkapi resolusi 2K, perakam audio bunyi sekeliling 5.1 yang mirip dengan telefon pintar LG smartphone seperti LG G5 bagi memboleh pengguna melihat hasil gambar yang bakal dirakam. Samsung turut melancar kamera Gear 360, yang juga dilengkapi dua lensa fish-eye yang boleh merakam video dan imej still.

Pemetaan dalam bangunan dengan Project Tango

Ketika di CES 2016, Lenovo dan Google bergandingan untuk mengumumkan keluaran telefon pintar yang mengguna ciri realiti imbuh bagi pemetaan dalam bangunan dan navigasi. Di MWC 2016, kedua-dua syarikat mempertonton prebiu ringkas tentang Project Tango dengan menayangkan lawatan pendek ke muzium kesenian kebangsaan Barcelona. Mengguna realiti imbuh, perkakas itu memboleh pengguna membuat lawatan berpandu serta melihat lukisan yang diperagakan di muzium tersebut. Sungguhpun perkakas ini masih di tahap awal eksperimen, para peminat gajet ini dapat merasa betapa navigasi dalam bangunan mempunyai potensi besar pada masa hadapan.

Kamera telefon pintar yang boleh mengesan haba panas

MWC 2016 juga didedahkan dengan CAT, Caterpillar, sebuah telefon pintar yang berkamera boleh kesan haba panas. Dikenali sebagai CAT S60, peralatan ini mempunyai ciri sensor termal FLIR yang mempunyai pelbagai aplikasi di dunia sebenar. Namun untuk setakat ini, adalah sangat menarik untuk melihat inovasi telefon pintar yang melampaui fungsi sebenar atau sekadar tersenarai dalam banyak produk yang terhasil hari ini.

Pelancaran barisan telefon pintar baharu

Selain LG G5 dan Galaxy S7, MWC 2016 juga melihat pelancaran beberapa telefon pintar dari lain-lain pengeluar. Alcatel mengumumkan keluaran Idol 4, Idol 4S, dan Plus 10, manakala Lenovo mendedahkan Vibe K5 dan K5 Plus. Sony membuat pelancaran Xperia X, yang dijangka mengambil alih telefon pintar siri Z pada masa hadapan. Gionee mengumumkan Gionee S8 yang dilaporkan dilengkapi ‘3D Touch’ Display. Hari 3 MWC menyaksikan Xiaomi melancarkan keluaran yang dinanti-nanti, Mi5 dan Mi4S, yang dilengkapi perkakasan berharga paling kompetitif, dengan tujuan untuk menyaingi barisan keluaran Samsung.

Related Posts