VMAX
 
 
 
 

Liputan App terbaik bulan ini: SonyLIV

Showcase App of the month - SonyLiv

Meningkatnya populariti app video pada telefon pintar kini merangsang ramai pihak penyedia kandungan televisyen terkemuka untuk menawar video direct on-demand pada telefon pintar menerusi app masing-masing. Salah satu app kandungan video yang sangat popular ialah SonyLIV.

SonyLIV menyedia aneka kandungan video menerusi saluran televisyen seperti rancangan TV, wayang dan sukan. App berkeaan menyedia lebih 40,000 video HD dari Sony Entertainment Network Channels – Sony TV, Set MAX, Set Max 2, SAB TV, Sony PAL, Sony SIX, Sony PIX, AXN, Sony ESPN, Sony MIX, Sony Aath.

SonyLIV memboleh pengguna menonton rancangan Sony TV yang popular ikut permintaan, di samping pilihan luas filem Bollywood dan Hollywood. App itu juga menyedia siri asal kandungan web yang dirumus khusus untuk kesukaan golongan milenial digital.

Para pengguna boleh menonton rancangan sukan kriket, siaran langsung bolasepak serta sukan bola keranjang, tenis dan gusti, sama ada live atau pun rakaman.

App berkenaan boleh dimuat turun percuma tetapi termasuk pembelian in-app dan semestinya melibatkan kandungan video premium.

Boleh diperoleh untuk kegunaan Android dan iOS.

SonyLIV adalah yang pertama ditonjolkan dalam siri liputan ini, diikuti dengan fokus kepada lain-lain app di ruang App of the Month Showcase (App terbaik bulan ini). Sila ikuti rungan ini bagi meninjau maklumat tentang app pilihan itu, dari semasa ke semasa.