VMAX
 
 
 
 

Memudah monetization iklan bagi manfaat pemaju dengan VMAX™

Simplifying ad monetization for app developers with VMAX featured

Anda sudah mencipta satu app yang hebat. Sudah juga anda menambah kemajuan dengan membuat urusan monetization, manakala app anda juga telah menerbitkan hasil secara tersendiri. Namun, di sebalik gemblengan usaha yang banyak untuk memastikan app anda mendatangkan hasil, anda bertembung dengan cabaran untuk melonjakkannya mencapai hasil yang maksimum.

Perkara seperti meingintegrasi rakan pengiklanan, menghubungkan SDK, memantau sebarisan dashboard dari pelbagai rangkaian pengiklanan, memakan masa dan tenaga yang banyak, yang sepatutnya dapat disalurkan kepada usaha dan tumpuan lain, seperti memperbaik pengalaman pengguna app atau mencipta lebih banyak app lagi. Di sinilah gunanya VMAX™ yang membuat urusan monetization, tanpa remeh temeh untuk manfaat anda. VMAX™ dibina untuk mencapat satu objektif – memberi anda kawalan sepenuhnya terhadap urusan monetization app, serta membuatnya semudah yang mungkin untuk anda.

Perguna sebaiknya semua jenis iklan yang berbeza itu
Perkara pokok dan asas bagi pengiklanan mudah alih ialah untuk memastikan pengalaman iklan mudah alih tidak intrusif, lancar dan relevan kepada pengguna. Dengan VMAX™, anda boleh pilih jenis iklan yang anda fikir boleh berfungsi sesuai dengan app anda – sama ada ia natif, video, incent atau peragaan.

Iklan dari rakan pengiklanan yang berbagai
VMAX™ membantu anda meraih pendapatan semaksimum mungkin untuk app, dengan memboeh anda peroleh iklan daripada berbagai sumber rakan pengiklanan, sama ada rangkaian pengiklan, agensi pengiklanan atau pembeli programatik.

SDK yang tunggal
Satu cabaran yang sering dihadapi ialah menyepadu kesemua rakan pengiklanan yang berbagai ini. Menghubungkan SDK setiap kali sesebuah rangkaian pengiklanan itu disepadukan, bukan sahaja memakan dan membazir masa dan tenaga, bahkan menyebab app itu menjadi bertambah berat. VMAX™ melaksana integrasi ini dengan begitu mudah untuk anda – dengan satu SDK tunggal yang membantu anda sepadukan rakan pengiklanan yang berbagai dan menyokong pelbagai format iklan.

Kawalan sepenuhnya
Sementara anda menjalan usaha menyepadu rakan pengiklanan ini, VMAX™ memastikan anda miliki kawalan sepenuhnya terhadap proses monetization app. Ia memboleh anda pilih dari mana iklan ini datang dan dari rakan pengiklanan mana ia terbit, berapa banya inventori yang diisi rakan pengiklanan itu, bahkan menetap keutamaan mengikut aras geografi.

Pacu dan jana monetization app, atau kendali secara auto-drive
Sementara kesemua ciri ini membuat urusan monetization jadi bertabah mudah untuk anda, VMAX™ menokok lagi ke tahap lebih bagus. Platform ini memberi anda kuasa memilih sama ada memacu dan menjana monetization, atau menguruskannya secara auto-drive, supaya memberi ruang untuk memfokus kepada usaha mencipta app atau menambah baik pengalaman app yang sedia ada. Walaupun ketika ia berjalan secara auto-drive, VMAX™ berterusan memaksimum pendapatan untuk anda dengan ikllan yang diperoleh daripada rakan pengiklanan yang terbaik.

Dashboard tergabung
Walaupun setelah anda berjaya melaksana rancangan monetization app, urusan mengurusnya adalah suatu cabaran yang agak besar juga. Apabila iklan diperoleh daripada rakan pengiklanan yang berbagai, dan setiap satu mempunyai dashboard masing-masing bagi urusan memantau dan mengurus integrasi. Dan anda juga mempunyai pelbagai app untuk dipantau urus. Dengan VMAX™, anda memperoleh dashboard yang tersedia tergabung yang menyedia laporan selengkap dan setelus mungkin, merentasi kesemua rakan pengiklanan anda, demi memanfaati urusan dan usaha monetization app anda.

Menjadikan app anda meraih pendapatan menerusi proses monetization adalah sangat penting kepada kelangsungan dan kejayaan bisnes anda. Lakukan perkara penting ini dengan cara yang tidak membebankan anda, bahkan memberi pulangan yang paling maksimum. Berdaftarlah dengan VMAX™ dan saksikan sendiri bagaimana app ciptaan anda, memberi pulangan maksimum.