VMAX
 
 
 
 

Kendali dan kuasai app monetization dengan enam trend 2016 berikut

VMAX-app-monetization-trends-2016-featured

Sebagai pemaju app, sama ada yang telah maju atau yang baharu mencebur diri, anda perlukan sesuatu untuk mengembang bisnes app. Cipta lebih banya app? Ya! Semestinya yang terbaik. Namun setelah menciptanya, bagaimana hendak mengekal prestasi baiknya? Bagaimana app ciptaan anda itu boleh mengekal kepenguasaan bisnes? Jawapan mudah ialah anda harus menggerak app itu menjana duit. Pastikan urusan monetize app terlaksana.

Pelbagai perkembangan telah berlaku di arena app monetization Trend global app monetization boleh memberi ilham tentang cara yang patut anda tahu, dari perspektif app monetization.

Merudumnya muat turun app berbayar

Menurut Gartner, hasil daripada muat turun app berbayar kini semakin menurun di suluruh dunia. Peratus hasil menurun daripada 69.5% pada 2014 kepada 59.5% pada 2015. Dijangka peratusan hasil ini bakal terus merudum kepada 37.8% pada 2017.

Pembelian In-app terus tegar

Pembelian in-app (IAP) dilihat semakin diterima di kalangan konsumer. Peratus hasil pasaran pembelian global in-app global dianggarkan 22.5% pada 2014, dikatakan telah naik menjadi 30.9% pada 2015. Dianggarkan ia bakal mencecah 48% pada 2017. Di India khususnya, di mana pengguna kad kredit cuma 22 juta orang, pemaju app berusaha memacu IAP dengan mengintegrasi mekanisme pembayaran seperti bil pembawa. Apple dan Google, masing-masing telah menurunkan nilai bayaran minimum dalam app store mereka kepada INR 10 (dalam 15 cent US) menjadikan IAP sesuatu yang termampu oleh kebanyakan pengguna telefon pintar.

Freemium kian maju

Model monetization kaedah freemium kini semakin popular di kalangan pengguna telefon pintar – memboleh mereka muat turun app secara percuma tetapi harus membayar sedikit yuran bagi mengases ciri premium tertentu. Mengikut kajian yang dilakukan oleh IDC & AppAnnie, model monetization kaedah freemium telah bertumbuh maju pada kadar 72% antara 2013 dan 2014.

Pengiklanan In-app adalah kaedah yang mesti diperhatikan

Ketika pembelian in-app sedang merintis jalan kemajuan, pengiklanan in-app pula semakin berkembang pada kadar yang semakin deras. Mengikut December 2015 Vision mobile commerce of things report, pengiklanan merupakan model penghasilan yang sangat populardi kalangan pemaju app mudah alih dengan 31% jumlah pemaju yang dikaji, menggunakan kaedah tersebut. Hasil pendapatan daripada pengiklanan in-app dianggarkan berkembang kepada USD 2.8 bilion pada 2014 dan mencecah sejumlah USD 4.3 bilion pada 2015, suatu kadar pertumbuhan tahun-ke-tahun sebanyak 55%. Angka pendapatan ini dianggarkan mencapai USD 10.6 bilion pada 2017.

Iklan berganjaran opsyen positif untuk menarik pembabitan pengguna secara lebih aktif

Iklan berganjaran kini pendekatan yang semakin terpilih di kalangan pemaju app bagi meraih pembabitan pengguna terhadap iklan. Bahkan, kajian mendapati pemberian ganjaran boleh menggalak pengguna kembali mengguna semula app di kalangan mereka yang telah meninggalkan app berkenaan. Di kalangan yang menangguhkan penggunaan app, 30% berkemungkinan kembali menggunanya semula, dengan syarat jika ditawarkan ganjaran. Iklan berganjaran kini semakin popular kerana selain membantu menambah pembabitan pengguna, ia juga memboleh pemaju app capai tujahan jumlah muat turun pemula app baharu itu, serta menambah baik pemeringkatan storan app. Di antara semua format iklan, video berganjaran kini muncul deras sebagai salah satu format iklan paling populardi kalangan pernerbit permainan.

Pengalaman penggunaan app yang lancar dan serasi dengan iklan natif

Iklan natif kini semakin memberi impak kuat kepada arena pengiklanan mudah alih, kerana sifatnya yang mudah suai lagi lancar dengan isi app, sambil dapat menyampaikan mesej pengiklan secara kontekstual. Bukan sahaja format iklan natif itu membabit penglibatan CTR empat kali ganda lebih tinggi berbanding iklan banner tradisional, bahkan didapati menjana eCPM yang lebih baik untuk penerbit.

Kesemua trend yang dinyatakan ini secara jelas menunjukkan, walaupun pembelian in-app itu popular di kalangan pemaju app, namun lebih ramai akan beralih kepada pengiklanan in-app dalam masa terdekat. Jika anda seorang pemaju app yang sedang mencari jalan mempertingkat upaya bisnes app, kesemua trend yang dibincangkan ini boleh membantu anda buat keputusan mengguna kaedah paling sesuai untuk menggerak app membuat duit.