VMAX
 
 
 
 

Guna iklan video untuk meraih pembabitan pengguna dan pendapatan iklan

VMAX video ad featured image

Lebih ramai orang menonton video pada telefon pintar. Cisco-VNI menganggar trafik video memberi sumbangan 55% kepada jumlah trafik mudah alih global akhir 2014 lalu. Angka ini menaik pada 2015 sejajar dengan bertambahnya pengguna telefon pintar yang diperbuat dengan ciri keterhubungan dan upaya main video lebih baik yang menjurus kepada peningkatan jumlah orang lebih tinggi mengakses kandungan video.

Ini bermakna, anda sebagai penerbit app juga mempunyai peluang lebih baik untuk mengguna kandungan iklan video kerana pengguna kini berupaya mengendali isi kandungan video dek peralatan yang bertambah canggih. Tidak seperti format iklan lain, video memboleh pengiklan memapar dan menayang lebih banyak mesej dengan cara sangat kreatif dan memikat, yang memukau pengguna untuk bertahan lebih masa serta membuat mereka berinteraksi, sekaligus menyebab kenaikan pembabitan pengguna seperti diukur dengan Click-Through Rates (CTR).

Bahkan, pengkaji memberi anggaran 60% pengguna telefon pintar telah menonton lebih tiga perempat masa tayangan iklan video dan video mudah alih memberi kesan kenaikan CTR sebanyak enam kali ganda.

Iklan video boleh dilaksana dengan berbagai cara serta menangguk kelebihan app sehingga pengguna tidak terasa terganggu langsung. Jenis iklan vieo yang boleh diguna untuk mendorong pembabitan pengguna ialah:

  • Interstitial
    Interstitial adalah jenis iklan skrin penuh HTML yang memboleh isi iklan video terbenam (embedded) menjadi sebahagian daripada kandungan iklan. Boleh tampil ketika transisi app, supaya tidak mengganggu pengguna. Disaran mengguna format iklan ini untuk permainan dan app.
  • Video interstitial
    Iklan video format skrin penuh berdasar standard Video Ad Serving Template (VAST) yang ditampilkan secara mod landskap antara transisi app. Iklan video yang lebih memperkaya dan imersif serta memikat pengguna menonton seluruh kadungan iklan. Disaran untuk permainan dan juga app.
  • Video berganjaran
    Iklan video skrin penuh ditampil dengan mod landskap, yang memberi ganjaran jika pengguna menonton video tersebut. Ganjaran adalah dalam bentuk kandungan yang dirungkai atau dibuka kunci dalam permainan, matawang in-game, dan akses percuma terhad ke lain-lain app atau permainan. Contohnya, video berganjaran boleh tampil setelah pengguna gagal menyelesaikan aras permainan, lalu dijanji kepadanya sempurna aras jika menonton iklan. Format iklan ini disaran khusus untuk permainan mudah alih dengan pembelian in app atau produk maya.
  • Pre-roll Video
    Iklan pre-roll video disepadu secara natif dalam kandungan video dan tampil beberapa saat sebelum video sebenar mula dimainkan. Iklan jenis ini menjanji pembabitan tinggi kerana pengguna biasanya menonton iklan sebelum tayangan kandungan video sebenar. Kelebihan iklan pre-roll ialah ia menyerap lancar dengan video kerana tidak mengalihkan pengguna daripada kandungan video sebenar. Format iklan ini, walau bagaimanapun, hanya sesuai untuk kandungan video semata-mata.

VMAX™ menyokong semua format iklan video ini dan memberi anda kuasa memilih mana satu yang sesuai untuk pengalaman kandungan app anda. Sungguhpun iklan-iklan interstitial, pre-roll and interstitial video sudah berada di pasaran semenjak beberapa lama, ternyata video berganjaran menjanjikan pembabitan dan seterusnya pendapatan iklan lebih tinggi, terutama dengan permainan mudah alih. Pilih video berganjaran dan anda sebagai penerbit app akan dianugerah pulangan lebih hebat untuk monetization app.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang iklan video, hubungi kami di: developer@vmax.mobi