VMAX
 
 
 
 

Perlukan pengalaman mengasyikkan terhadap app permainan? Gunakan Iklan Incent

VMAX mobile games incent ads featured image

Permainan telah menjadi isi kandungan paling popular serta paling banyak ditatapi oleh pengguna telefon pintar hari ini. Hampir kesemua pengguna telefon pintar, sama ada sedar atau tidak, pernah bermain permainan mudah alih pada peralatan masing-masing. Begitu juga dengan perkembangan teknologi dan kecanggihan pada telefon pintar hari ini, dengan pemproses termaju dan upaya grafik yang hebat, terus mendorong penerbit permainan cipta permainan sehebatnya, yang dapat membabit keaktifan pengguna kepada permainan yang disajikan.

Bagaimana pengiklanan mudah alih mampu menghadapi perkembangan yang semakin canggih dunia mudah alih? Paling penting, iklan yang dipapar itu mampu membabit respon aktif tetapi tidak mengganggu pengalaman mereka. Jawapannya ialah iklan incent. Incent ad yang dipapar dalam permainan, memberi ganjaran kepada pengguna dengan matawang maya atau isi kandungan yang natif kepada permainan ketika pengguna merespon iklan.

Kadar pembabitan kepada iklan jenis ini adalah tinggi kerana pengguna, mahu tidak mahu, akan bersifat proaktif dengannya, disebabkan ia membantu maju dalam permainan, dibekal dengan ganjaran koin, ciri atau kandungan yang terbuka kunci. Dek sifat yang seolah sebahagian daripada permainan itu, iklan incent serasi dan sesuai meresap menjadi sebahagian daripada permainan mudah alih, dan langsung tidak mengganggu perhatian dan permainan. Iklan incent menghidang pengalaman pengiklanan yang tersangat natif dengan permainan mudah alih.

Apabila keadaan ini wujud, maka ia menjanjikan pembabitan yang tinggi daripada pengguna. Apabila respon aktif daripada pengguna terhasil dengan iklan yang dipapar, maka peluang menjana pendapatan juga tinggi. Dua format iklan incent paling popular ialah: offerwall dan video berganjaran.

  • Offerwall secara lazimnya ialah satu senarai app yang boleh dipilih oleh pengguna. Setelah memilih app untuk dimuat turun, pengguna diberi ganjaran dalam bentuk matawang permainan atau kandungan permainan yang terlerai kunci. Iklan video berganjaran pula memberi peluang kepada pengguna untuk dihadiahkan dengan matawang atau isi kandungan in-game setelah pemain menonton seluruh durasi tayangan video tersebut.
  • Kelebihan yang diraih pemaju daripada iklan incent ialah mereka bebas memilih cara dan bila paparan iklan berkenaan ketika berlangsungnya permainan, dan ia kelihatan seolah seperti sebahagian atau lanjutan daripada permainan. Contohnya, apabila pengguna memperoleh 300 koin daripada permainan dan memerlu 200 lagi bagi melerai kunci untuk mendapat watak baharu. Pemaju, secara strategik boleh mendorong pemain untuk menekan opsyen incent ketika itu. Inilah yang dimaksudkan memperoleh pendapatan iklan tanpa mengganggu pengalaman permainan.

Dengan VMAX™, anda dapat akses kepada sebarisan partner iklan incent, sama ada offerwall atau video berganjaran. Rakan pengiklanan seperti TapJoy dan Bee7 menyajikan oferwall terbaik untuk iklan incent yang dirumus khas untuk menambah peluang pendapatan dengan app permainan anda. Dengan partner pengiklanan seperti AdColony, Vungle, Chartboost dan Supersonic, anda dapat akses kepada iklan video berganjaran berkualiti tinggi yang juga dirumus untuk menjana pendapatan daripada app permainan anda.

Pelanggan kami memberi respons positif kepada penggunaan iklan incent berplatfporm VMAX™. Loc, CEO, PIXA, seoranga penerbit app popular dari Vietnam menjelaskan, “Kemudahan beralih dengan mudah kepada rangkaian iklan yang menawarkan eCPM dan memperuntuk trafik ke setiap pasaran, menjadikan VMAX™ sebuah platform pengantara yang hebat. Mengintegrasi banyak jenis iklan ke dalam app begitu mudah kerana saya hanya perlu guna satu SDK untuk memapar iklan incent.”

Maklumat lanjut tentang cara VMAX™ boleh bantu memaksimum pendapatan untuk app permainan anda dengan iklan incent, sila hubungi kami di developer@vmax.com.