VMAX
 
 
 
 

Mengapa India harus berada dalam radar setiap penerbit permainan mudah alih?

Mobile gaming India game publisher blog

Baru-baru ini perbincangan rancak dibuat tentang bagaimana India menjadi medan sasaran bagi pemaju permainan mudah alih. Sebelum itu, kita menyaksikan bagaimana telefon pintar merubah wajah permainan digital di India, yang membuat setiap orang memiliki peralatan permainan dalam genggaman, sekaligus memboleh permainan digital mudah diakses oleh pengguna.

Natijahnya hari ini, permainan mudah alih bertambah pantas menjadi salah satu jenis kandungan paling popular pada telefon pintar hari ini di India. Bahkan, hasil kaji selidik terkini yang dilakukan oleh Vserv Smartphone User Persona Report (SUPR) 2015 menyaran bahawa masa yang banyak diluangkan oleh pengguna telefon pintar untuk bermain permainan mudah alih.

Contohnya, terdapat pengguna telefon pintar di negara itu yang meluangkan masa sehingga 211 minit sehari untuk menatap peralatan mudah alih mereka. Daripada jumlah masa ini, 30 minit diluangkan untuk bermain permainan mudah alih. Bahkan pemilik telefon pintar yang menggunanya untuk keperluan semata-mata, turut meluangkan sekurang-kurangnya 10 minit sehari bermain permainan mudah alih.

Apakah gejala yang membuat permainan mudah alih begitu popular di kalangan pengguna India? Pakar beranggapan negara itu kini berjaya mengisi kelohongan permainan digital setelah selama ini berhadapan dengan faktor kos yang tinggi, kemampuan akses jalur lebar dan masalah kemudahalihan peralatan permainan desktop atau konsol.

Peningkatan kadar peralihan kepada penggunaan telefon pintar adalah antara faktor utama kepada munculnya lambakan berbagai peralatan mudah alih pada semua kelompok harga, yang mampu membekal pengguna dengan pengalaman permainan mudah alih yang sangat memperkaya. Akibatnya, permainan mudah alih kini dilihat bertambah populariti, merentas semua genre permainan, contohnya jenis puzzle, meningkat ke paras capaian terpuncak 49% di kalangan pengguna. Pengguna telefon pintar pula, secara purata meluang masa selama 10 minit sehari bermain permainan genre ini.

Namun permainan mudah alih berasas strategi, dilihat mengumpul masa terbanyak dari segi pembabitan pengguna telefon pintar, iaitu lebih 15 minit sehari, bermain genre permainan tersebut. Permainan berasas kad pula menduduki tempat kedua dari segi pembabitan pengguna telefon pintar, yang meluang masa lebih 12 minit sehari bermain perainan mudah ahli genre ini.

Newzoo meletak dan menetap anggaran bilangan pemain mudah alih di India seramai 267.4 juta orang pada 2016. Angka ini sesuatu yang seharusnya menjadi alasan untuk penerbit app melebar sayap mensasar fokus kepada pasaran yang sangat besar, sekaligus mempertingkat peluang membuat pendapatan dan keuntungan.