VMAX
 
 
 
 

VMAX™ – App Yield Maximized [VIDEO]

VMAX Intro video featured

Setelah lebih ramai orang terhubung dengan telefon pintar, dan mahu melakukan segala-galanya dari menonton video, menyelidik maklumat, hingga kepada tempahan teksi dan memesan barang runcit menerusi app, maka dunia akan meminta lebih banyak app dicipta. Dan, setelah banyak app dicipta, maka pembangunan app akan menjadi satu perniagaan selengkapnya, dan perlu membuat duit.

Sudah tentu juga, penerbit app akan mempertingkat usaha untuk monetize app masing-masing. Dan ketika berusaha melaksana apa yang perlu, mereka akan dapati ekosistem sedia ada juga agak maju. Kini terdapat ramai partner yang boleh bekerjasama, dan setiap daripada mereka mempunyai sistem membuat laporan, dan pelbagai format iklan yang boleh dipilih. Hal ini menjadikan usaha monetize app bertambah kompleks. Maka semua penerbit app emerlu cara yang mudah untuk menjalani monetization, suatu penyelesaian yang dapat memberi kawalan penuh dan kemudahan mengurus ehwal monetization yang agak kompleks ini.

Inilah VMAX™, penyelesaian sehenti, memudahkan proses monetization iklan untuk penerbit app. Untuk mengetahui cara VMAX™ memaksimum pendapatan untuk dimanfaati penerbit, sila lihat video berikut: