VMAX
 
 
 
 

Pengguna app gemarkan iklan natif, apakah anda sudah melaksananya dengan betul?

VMAX Insights Native ads featured image

Cuba tanya kepada pengguna tentang iklan mudah alih, terutama mengenai iklan mudah alih, pasti mereka mengatakan yang ia pop up seluruh skrin yang sering tampil ketika mengguna telefon pintar. Mungkin ini suatu kelebihan, namun cabaran terbesar ketika anda ingin membikin app itu monetize ialah untuk menentukan supaya pengguna tidak terganggu dengan kehadiran iklan natif.

Apabila menyentuh tentang iklan natif yang tidak mengganggu, maka iklan natif berkedudukan teratas. Ini kerana, dari sudut reka bentuk, iklan natif mudah diresapkan ke dalam isi kandungan app atau permainan lantaran tampilannya sekaligus menjadi sebahagian daripada kandungan pada telefon pintar ketika pengguna sedang asyik bermain. Iklan natif mengurangkan kontras antara iklan dan kandungan app, sekaligus menghidang pengalaman berkontekstual tinggi serta boleh diterima oleh semua pengguna.

Malahan, menurut satu laporan industri, konsumer menatap iklan natif 53% melebihi daripada iklan peragaan. Lebih 25% konsumer dikatakan menatap iklan natif in-feed (jenis iklan paling lazim dalam format iklan editorial) berbanding unit iklan peragaan.

Contohnya, apabila membaca berita yang disuapkan oleh satu-satu app, pengguna akan menganggap iklan natif berkenaan sebagai sebahagian daripada suapan kandungan berita, dengan syarat iklan tersebut dipersembahkan dengan sebaiknya seolah seperti item berita juga. Bahkan, 52% pengguna telefon pintar berkecenderungan terbabit menatap iklan natif dan ‘click-through rates’ (CTR), iaitu pada kadar empat kali lebih tinggi berbanding iklan banner.

Namun, ada sedikit masalah berkaitan iklan natif sebagai isi kandungan app. Sungguhpun iklan natif ini mudah diserap dan serasi dengan kandungan app, pengguna boleh terasa tertipu apabila terklik dan mendapati ianya bukan isi kandungan sebaliknya iklan yang ingin menarik perhatian. Bagi mengelak ehwal ini terjadi, serta untuk mengekal imej jenama yang bersih bagi app dan pengiklan anda, seharusnya tiga langkah panduan berikut menjadi pedoman:

  1. 1. IAB menyaran supaya semua iklan natif dilabel dengan tanda ‘Iklan’ atau ‘Promosi’ atau ‘Ditaja atau ‘Ad’ atau ‘Isi Tajaan’ bergantung kepada tujuan paparan iklan berkenaan. Penerbit seharusnya memapar jenama pengiklan dengan jelas, diposisikan di mana-mana bahagian kandungan supaya sebarang keterhubungan segera kepada jenama dapat dicatat. Ia juga membina kepercayaan. Bahkan, laporan industri menyaran bahawa ketelusan dalam berkempen boleh melonjak CTR melebihi sebanyak 15%, iaitu 84% kehampiran kepada kesedaran jenama, dan sehingga 74% kehampiran kepada niat membeli.
  2. 2. Cara letak unit iklan tersebut seharusnya dilakukan supay mudah dilihat. Unit iklan natif yang diletak pada laman home boleh memberi sumbangan 55% lebih CTR, manakala yang diletak dalam isi kandungan didapati lebih mampu melaksana tugas daripada yang diletak di laman section. Dalam hal suapan kandungan, badan perusahaan MMA menyaran supaya unit iklan natif diletak di atas lipatan laman pada laman utama, kemudian diulang siar selepas beberapa (5-6) tajuk atau tile.
  3. 3. Penerbit app sharusnya mengubah-ubah kadar refresh berdasarkan jenis kandungan dan kelakuan pengguna. Apabila iklan natif tampil in-strim dengan mod skrol, kadar refresh seharusnya bergantung kepada masa sesi purata. Ini memberi peluang kepada pengguna untuk kembali kepada ad setelah melaku skrol ke seluruh suapan kandungan.

Walaupun iklan natif mampu memastikan pembabitan dan ikutan yang lama kepada app, sekaligus memberi pengalaman tatapan iklan yang memuaskan, adalah mustahak bagi anda mengikuti panduan di atas supaya segala usaha mengguna iklan natif memberi anda hasil yang hanya terbaik.

Related Posts